1) 1 produk sesuai untuk semua jenis kulit
Setiap kulit adalah berbeza. Kesan sesuatu produk adalah berbeza untuk setiap individu. Sekiranya anda ingin membeli produk yang dicadangkan oleh skincare expert/enthusiast, perlu pastikan bahan-bahan tersebut sesuai untuk kulit anda.

 

2) ‘Perfect’ produk atau ‘perfect’ bahan
Seperti pemakanan, kulit muka juga memerlukan keseimbangan dari segi membersihkan kulit, menjana sel kulit, melembapkan kulit dan juga perlindungan kulit.

Tiada istilah satu produk atau bahan boleh menyelesaikan semua masalah kulit. Perlu fahami fungsi setiap bahan untuk sesuaikan dengan kulit.

Bahan bukan lah racun, tetapi kadar dos yang digunakan di dalam formula boleh menjadi racun untuk kulit.

 

3) Kesan yang cepat.
Tiada penggunaan produk yang boleh beri kesan cepat. Kulit akan mengalami perubahan sekurang-kurangnya selepas 28 hari.

 

4) Lagi banyak lagi bagus.
Kebanyakan individu terlalu banyak mencuba produk sehingga merosakkan skin barrier. Mulakan dengan basic skincare dahulu kemudian baru tambahkan produk mengikut keperluan kulit.

 

5) Setiap produk dari satu jenama adalah sesuai untuk kulit
Walaupun produk A sesuai dengan kulit tidak semestinya produk B dari jenama yang sama juga akan sesuai.
Kemungkinan untuk produk B tidak sesuai adalah boleh kerana formula dan bahan yang berbeza.

 

6) Tidak boleh campur produk dan hanya boleh guna produk dari satu rangkaian sahaja.
Mindset ini adalah salah. Produk boleh bercampur jenama kerana perkara yang perlu diberi perhatian adalah bahan yang melengkapkan keperluan kulit.