Ramai bertanya kepada glowwe, apakah produk pelembap muka/moisturizer terbaik yang sesuai untuk kulit berminyak? Apakah moisturizer untuk kulit kombinasi? Ataupun kulit kering? Kenapa skincare moisturizer tersebut tidak dapat menghilangkan masalah kulit seperti jerawat, jeragat, atau yang lain? Sebelum mengetahui itu semua, kita perlu tahu adakah suatu moisturizer/pelembap itu sesuai dengan kulit kita atau tak.
Untuk mengetahuinya, glowwe kongsikan 6 tanda pelembap/moisturizer tidak sesuai dengan kulit:
1) Rasa terbakar (burning) dan stinging.
Apabila kulit berasa burning atau stinging, pelembap tersebut telah mengganggu pH kulit. Ia adalah tanda pelembap tersebut tidak sesuai dengan kulit dan perlu dibasuh dengan kadar segera.
2) Breakouts
Pelembap yang tidak sesuai boleh mencetuskan radang kulit seperti kemerah-merahan, gatal-gatal, ruam, alergi dan sebagainya.
Kulit yang meradang tidak boleh melakukan proses kadar jana semula kulit dengan betul, menyebabkan sel kulit mati berkumpul dan akhirnya menyebabkan jerawat.
3) Milia
Punca: Milia adalah biji-biji putih yang sering muncul pada sekitar kawasan mata. Ia hanya akan muncul sekiranya pori anda tersumbat. Jika milia muncul, besar kemungkinan adalah berpunca daripada pelembap yang tidak sesuai.
4) Kering
Sekiranya selepas satu jam pemakaian pelembap, kulit anda kering kembali, ia adalah tanda formula pelembap yang digunakan terlalu cair dan tersejat daripada kulit dengan cepat. Kemungkinan besar pelembap ini hanya mengandungi humectant sahaja seperti aloevera gel.
Pelembap sebegini hanya boleh memberi kelembapan sementara kemudian menarik semua kelembapan pada kulit menyebabkan kulit menjadi lebih kering.
5) Sesetengah kawasan kulit menjadi lebih berminyak
Kulit kombinasi mungkin mengalami masalah ini kerana mencari pelembap yang boleh mengawal minyak pada kawasan kulit berminyak dan pada masa yang sama memberi kelembapan pada kawasan kulit kering adalah agak sukar.
Sekiranya masalah ini terlalu jelas dan nyata kepada kulit, tiba masa untuk anda bertukar formula pelembap.
6) Kulit berubah warna
Kulit tidak sepatutnya berubah tona warna. Kulit boleh kelihatan lebih cerah dan berseri terutama jika sebelumnya anda mengalami kekusaman tetapi, kulit tidak boleh mengalami kecerahan sehingga membuatkan tona warna berubah terlalu ketara.
Selain daripada itu, sekiranya timbul kemerahan, kekuningan dan bintik-bintik pada wajah, ia juga tanda pelembap tersebut tidak sesuai. Dikhuatiri pelembap ini mengandungi bahan berbahaya.