Pelembap secara asasnya berfungsi memberikan kelembapan kepada kulit. Semua jenis kulit memerlukan kelembapan namun pada kadar dan kepekatan yang berbeza.
Ada juga jenis pelembap memberikan khasiat tertentu kepada kulit bergantung dengan bahan yang ada di dalamnya.
Selamat berkenalan dengan 7 kategori pelembap wajah!
1. JENIS KRIM (CREAM)
- Kandungan minyak dan air dalam produk adalah hampir sama atau 50-50.
- Saiz molekul adalah besar menyebabkan kadar serapan perlahan.
- Tekstur adalah berat, pekat dan padat (tidak mudah ditembusi air).
- Sesuai untuk kulit normal, kering dan kulit hyper-pigmentasi.
2. LOSYEN
- Kandungan minyak di dalam produk adalah kurang berbanding air.
- Saiz molekul kecil menyebabkan kadar serapan ke dalam kulit cepat.
- Tekstur adalah ringan dan nipis serta mudah dipakai.
- Sesuai untuk kulit normal, berminyak, kombinasi dan jerawat.
3. GEL
- Kandungan minyak di dalam produk adalah kurang berbanding air.
- Tekstur adalah seperti agar-agar, sedikit kental dan melekat apabila disentuh.
- Bersifat sejuk dan mampu mengekalkan kelembapan kulit.
- Sesuai untuk kulit normal, berminyak dan kulit sensitif.
4. SERUM
- Secara keseluruhan produk adalah berasaskan air dan hampir tiada minyak.
- Mengandungi bahan aktif yang spesifik untuk merawat keadaan kulit tertentu.
- Mempunyai saiz molekul yang sangat kecil dan amat cepat menyerap.
- Sesuai untuk semua jenis kulit bergantung kepada keperluan kulit tersebut.
5. FACE MIST
- Secara keseluruhan produk adalah berasaskan air dan hampir tiada minyak.
- Berfungsi memberikan kelembapan dan kesegaran dengan cepat.
- Tidak sesuai untuk menggantikan pelembap lain yang lebih tahan lama.
- Sesuai untuk semua jenis kulit (rujuk label) yang mahu diatasi rasa panas/haba pada wajah terutama ketika cuaca panas.
6. MINYAK
- Secara keseluruhannya adalah produk berasakan minyak.
- Memberikan khasiat khusus kepada kulit bergantung kepada jenis minyak.
- Mampu memberikan kelembapan maksimum kerana sifat minyak yang mudah tertarik kepada lemak yang berada dalam lapisan kulit wajah.
- Sesuai untuk kulit kering, kulit matang, kulit yang mudah berkedut.
7. SALAP
- Mengandungi lenih kurang 80% minyak dan 20% air.
- Mengandungi bahan aktif yang berfungsi untuk merawat keadaan kulit yang tertentu.
- Selain merawat, ianya juga mengekalkan kelembapan pada kawasan yang disapu.
- Sesuai untuk kulit dengan keadaan spesifik seperti ruam atau luka.