Kitaran Bulanan, Hormon Wanita dan Kaitannya Dengan Penjagaan Kulit Wajah.

Ada waktunya, kita akan dapati kulit kita licin tanpa cela. Sungguh seronok menyentuh kulit wajah ketika itu. Namun ada juga waktunya kita dapati kulit seakan sensitif, mudah pula ‘dihinggapi’ jerawat dan ini berlaku setiap bulan. Inilah sebabnya…

ESTROGEN

Dengan kiraan kitaran 28 hari, hormon estrogen berada pada paras yang tinggi bermula pada hari ke 8 sehingga hari ke 13.

Kesan hormon estrogen kepada kulit ialah:

  • Mengurangkan rembesan sebum (minyak) dari kelenjar sebum.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit.
  • Tekstur kulit menjadi lebih halus.
  • Liang pori-pori mengecil dan kurang kelihatan.
  • Mencegah jerawat, bintik gelap, dan kedutan.
  • Melancarkan aliran darah.
  • Menormalkan metabolisme kulit.

CADANGAN PENJAGAAN KULIT WAJAH KETIKA TAHAP HORMON ESTROGEN TINGGI

Ini adalah waktu yang bagus untuk menambah rutin ekstra pada kulit wajah seperti pemakaian mask muka dan mengurut wajah. Pada waktu ini kulit mampu menyerap nutrisi dengan lebih baik.

Jika mahu menukar produk yang digunakan, ini juga waktu yang baik kerana keadaan kulit wajah sedang berada pada tahap yang baik.

PROGESTERON

Hormon progesteron pula mula meningkat sebaik sahaja tamat fasa ovulasi. Serentak ketika ini juga tahap hormon estrogen menurun.

Fasa peningkatan hormon progesteron boleh menyebabkan:

  • Rembesan sebum meningkat bersama-sama dengan suhu badan lalu mewujudkan persekitaran kulit yang lebih berminyak.
  • Keadaan kulit berminyak menyebabkan jerawat dan masalah kulit lain cenderung wujud.
  • Lapisan paling luar pada kulit yang mengandungi sel kulit mati semakin menebal.
  • Tekstur kulit menjadi kasar dan tebal.
  • Menggalakkan pengeluaran melanin dan pigmentasi.

CADANGAN PENJAGAAN KULIT WAJAH KETIKA TAHAP HORMON PROGESTERON TINGGI

Kebersihan adalah keutamaan ketika ini. Pastikan kulit wajah dibersihkan dengan betul dan pakai pelembap untuk mengimbangi keadaan kulit yang berminyak. Disebabkan lapisan kulit luar yang mengandungi sel kulit mati menebal pada tempoh ini, digalakkan memakai skrub untuk menanggalkan sel kulit mati dengan lebih berkesan.

Jangan abaikan produk pelindung matahari kerana pertambahan melanin bermakna penyerapan sinar UV akan menjadi lebih aktif daripada biasa.

NOTA: Hormon dalam badan pun ada masa naik, ada masa turun. Berlaku naik turun itu semuanya bersebab. Hidup kita begitulah juga.

#PuanMary #GuruImej

Share

Artikel Terkini

Cara Penjagaan Kasut

Penjagaan kasut yang jarang dipakai atau hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sering kali diabaikan, namun… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Cara Memilih Blouse Untuk Ke Tempat Kerja

Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Pilih Pakaian Untuk Wanita Rendah

Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih… Teruskan Membaca

2 months lepas

Cara Susun Wardrobe Secara Bijak

Penyusunan wardrobe yang kemas mampu memberikan keselesaan pandangan serta mewujudkan ruang penyimpanan yang lebih teratur.… Teruskan Membaca

2 months lepas

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

4 months lepas