Ada yang bertanya, “Bagaimana puan tahu sesuatu warna itu sesuai atau tidak dengan warna kulit tertentu?

Sebagai seorang perunding imej bertauliah yang terlatih dalam bidang ini, menganalisis tona warna kulit dan menentukan warna-warna yang sesuai dipakai boleh digambarkan prosesnya seperti gambar berikut:

Bulatan di dalam kotak yang manakah lebih menyerlah warnanya? A atau B?

Bayangkan bulatan itulah wajah anda, warna di dalam bulatan itu adalah warna kulit anda.
Sebagai seorang perunding imej, saya memeriksa satu per satu warna untuk mencari warna-warna yang menjadikan wajah anda kelihatan lebih menyerlah.

Apa maksud menyerlah?
• Wajah anda nampak lebih cerah apabila warna tersebut dipakai berdekatan wajah
• Wajah anda tidak ‘berlawan’ dengan warna yang dipakai berdekatan dengan wajah
• Wajah anda menjadi ‘watak utama’ dan tidak tenggalam apabila warna tertentu dipakai berdekatan wajah

Jadi, bulatan di dalam kotak yang manakah lebih menyerlah warnanya? A atau B?
Jawapannya, A.

**Warna dalam bulatan A dan B adalah warna yang sama. 100% sama!

Beginilah penerangan ringkas tentang cara Analisis Tona Warna Kulit dilakukan.

Nampak senang tapi tak senang. Ini kerana tanpa dilatih, setiap mata tidak nampak perkara yang sama dan boleh salah penilaian.

Saya perlu periksa banyak jenis warna dan kategori warna yang berbeza. Perlu juga ambil kira mata, hidung, mulut yang berada atas muka juga kerana ia turut beri kesan warna.

Prinsip dalam pemilihan warna berdasarkan tona warna kulit ialah:

Warna yang harmoni dengan tona warna kulit menyerlahkan anda.

Warna yang kurang harmoni dengan tona warna kulit menjadikan kulit anda kelihatan kusam dan tak berseri.