Anda ada jeragat begini? Anda kenal sesiapa yang ada jeragat begini? Saya kenal ramai yang ada jeragat begini.

Pada gambar ini ialah sejenis jeragat atau hyperpigmentation yang dipanggil sunspots. Ia juga dikenali sebagai solar lentigines.

Kenapa ada perkataan sun atau solar pada namanya? Ini kerana punca jeragat begini ialah pendedahan kepada sinar ultra ungu (UV rays) yang berlebihan.

Jeragat begini tidak boleh hilang dengan hanya dibilas dengan air.

Jeragat begini tidak boleh hilang dengan hanya memakai pencuci muka.

Jeragat ini boleh jadi lebih teruk maknanya saiz litupannya boleh jadi lebih besar, warnanya boleh jadi lebih gelap jika dibiarkan atau jika terdedah lagi kepada faktor penyebabnya iaitu sinar ultra ungu (UV rays) yang berlebihan.

Peringatan! Jika tompokan gelap begini alami perubahan dari segi ABCDE (asymmetry, border, colour, diameter, evolving), segera jumpa doktor pakar kulit kerana dikhuatiri itu tanda-tanda awal kanser kulit.

Ada orang tak kisah mukanya berjeragat. Biar sahaja. Tak pakai apa-apa produk. Tidak kisah mukanya dilihat bertompok.

Tak salah pun, itu pilihan si empunya muka.

Ada orang mahu jeragatnya pudar. Mahu ikhtiar jeragat tak jadi lebih teruk. Mahu pilih produk yang selamat dan berkesan agar tona kulit boleh jadi sekata.

Tak salah juga, itu pilihan si empunya muka.

Boleh tonton video ini untuk tahu cara hilangkan tompok gelap di wajah.