SKINCARE YANG PALING SENANG

Penjagaan kulit ini tidak susah. Ia bermula dengan kenal jenis kulit anda sendiri dan faham apa yang mahu dicapai (skin goal).

➡️ Jika kulit berminyak dan berkilat, cari produk yang boleh kurangkan minyak tapi tidak menyebabkan kulit terlalu kering. Kulit kekal sihat dan lembap.

➡️ Jika kulit kering dan mudah rasa tegang, cari produk yang boleh tambah kelembapan. Kulit jadi lembap dan sihat.
Apakah produk asas (semua orang perlu ada) yang diperlukan untuk menjaga kulit dan dipilih berdasarkan jenis kulit?

➡️ Pencuci muka

➡️ Pelembap

➡️ Pelindung suria

 

Ya, saya ulang, tiga produk di atas ini mesti ada dahulu (sebelum anda beli toner, esen, serum) dan tiga produk ini dipilih berdasarkan JENIS KULIT.

Jadi persoalannya, kenal tak jenis kulit?

Jika tidak kenal, boleh tentukan jenis kulit pada pautan berikut. Tiada bayaran dikenakan. Jangan risau saya tak jual apa-apa produk.

https://glowwe.my/jeniskulit/

NOTA: Mungkin ada yang bertanya, macam mana pula dengan masalah jeragat, jerawat, kekusaman, tona kulit tak sekata dan lain-lain.

Masalah pada kulit inilah yang dikenali sebagai keadaan kulit. Nak tahu cara nak selesaikan masalah begini?