Garis-garis pada pakaian adalah salah satu fesyen yang evergreen kerana fesyen ini sentiasa ada di dalam pasaran. Dalam erti kata lain fesyen ini tidak pernah tidak ada di dalam pasaran.

Antara fesyen pada pakaian untuk garis bercorak ini adalah seperti garisan melintang, menegak ataupun menyerong.

Justeru, perkara yang akan dibincangkan kali ini adalah bagaimana ketiga-tiga jenis garis yang dinyatakan di atas tadi boleh membantu anda untuk memilih pakaian yang memberikan ilusi-ilusi tertentu apabila dipakai.

Ilusi khusus tersebut termasuklah ilusi tinggi, lebar, kurus dan sebagainya dengan menggunakan garis pada pakaian.

Garis adalah salah satu elemen dalam corak. Jenis garis yang akan dihuraikan adalah garis melintang (horizontal line). Garis melintang pada pakaian ini boleh ada satu garisan (single line), ataupun garisan yang banyak (multiple line).

Ada pakaian mungkin hanya ada satu garis sahaja di bahagian dada, bahu, lengan dan lain-lain. Kebiasaannya garis ini diberikan fokus pada bahagian badan.

Jika garisan itu single (satu garisan) pada pakaian, ia akan memberikan ilusi pemotongan kepada bahagian di mana garis itu berada.

Sebagai contoh, garis yang secara tidak sengaja wujud bukan disebabkan oleh corak pada baju. Jika anda memakai blouse ataupun shirt, pada hujung bajunya terdapat potongan melintang dan kemudian anda memakai seluar. Jadi, di mana garis melintang pada baju itu berhenti ia akan memberikan ilusi pemotongan.

Contoh potongan garisan melintang yang terdapat pada baju

Jika anda ingin kelihatan tinggi, anda perlu tahu garis melintang itu perlu berhenti di mana. Jika anda seorang yang tinggi dan tidak ingin kelihatan terlalu tinggi, anda boleh memakai blouse yang labuh supaya ruang pada bahagian kaki akan terlihat sedikit sahaja dan tidak nampak terlalu tinggi.

Seterusnya, garisan yang banyak (multiple line) pula kebiasaanya terdapat pada baju, t-shirt. Garis melintang yang banyak ini akan memberikan ilusi kelebaran. Ia sangat bergantung kepada ketebalan garis dan jarak garis.

Apa itu ilusi kelebaran?

Ilusi kelebaran ini dapat dilihat apabila garis melintang itu memandu mata anda untuk pergi dari arah kiri ke kanan.

Contohnya, jika badan anda lebar, maka pergerakan dari arah kiri ke kanan itu akan jauh untuk sampai ke penghujungnya. Ini yang dinamakan ilusi yang membawa kepada kelebaran.

Multiple line pada baju t-shirt

Untuk anda yang mempunyai badan yang lebar, anda tidak digalakkan memakai pakaian yang mempunyai garis melintang seperti yang sudah dinyatakan di atas.

Jika anda ingin memakai juga baju yang mempunyai garis melintang, anda boleh memakai jaket di atasnya supaya ia boleh cut (potong) garis melintang itu supaya jadi lebih pendek.

Boleh memakai jaket untuk memotong garis melintang supaya lebih pendek

Satu lagi garis yang dianggap klasik dan mudah didapati adalah garisan menegak (vertical line). Tidak dinafikan garis menegak ini sememangnya popular dan dikaitkan dengan garisan yang membawa ilusi tinggi dan kurus.

Garis menegak ini sememangnya boleh membawa ilusi meninggi kerana garis ini adalah natural eye movement. Anda akan melihatnya dari atas ke bawah. Jika anda memakai baju yang mempunyai garis menegak, pergerakan mata akan dipandu oleh garisan tersebut. Garisan menegak ini juga boleh memberikan kesan kurus jika dibandingkan dengan baju yang mempunyai garis melintang.

Contoh garisan menegak

Nasihat kepada anda yang ingin memakai corak yang bergaris menegak ini, janganlah memakai satu set pakaian yang bergaris tegak daripada tudung hingga ke kasut. Pilih satu sahaja sama ada ingin dipakai pada baju, seluar, tudung ataupun kasut.

Dalam garisan menegak ia ada garis menegak yang tebal dan nipis. Jika garisan menegak itu agak tebal ia tetap boleh membawa ilusi melebar kerana mata akan melihat garis itu dengan mengukur kelebaran garis tersebut.

Tip untuk pemilihan garis menegak supaya kelihatan tinggi dan kurus adalah jangan pilih garis menegak yang tebal. Pilihlah garis yang sederhana ataupun nipis dan digalakkan untuk memilih kontra dengan warna latar.

Contoh warna garisan hitam, warna latarnya adalah putih. Warna garisan maroon, warna latarnya seperti warna light yellow ataupun warna cerah. Warna kontra akan membantu untuk melihat garis itu dengan lebih jelas.

Warna garisan maroon dengan latar belakang warna light yellow

Selain itu, garis yang tidak berapa dikenali tetapi garis ini wujud dalam dunia fesyen adalah garisan menyerong (diagonal line). Garisan ini berada sama ada dari penjuru bawah kiri dan membawa ke penjuru atas kanan ataupun dari penjuru bawah kanan ke penjuru atas kiri.

Garis ini juga boleh wujud secara multiple ataupun single. Contohnya, anda boleh lihat pada baju wanita yang diikat pada tepi bahagian pinggang dan penjuru itu dijadikan sebagai satu titik tumpu.

Contoh satu garisan menyerong pada pakaian

Garis menyerong yang single ini akan membawa kepada satu titik tumpu dan orang lain tidak akan fokus kepada kawasan yang anda tidak mahu orang lain fokus. Itulah kegunaan garis menyerong ini dalam dunia fesyen.

Jika garisan menyerong dalam keadaan multiple, selalunya digunakan untuk menutupi kekurangan ataupun lebihan pada badan kerana garisan menyerong ini dikira sebagaiunnatural line yang berlawanan dengan pergerakan semula jadi mata.

Kesan garisan menyerong ini adalah confusing line kerana anda tidak akan memberi tumpuan kepada kawasan badan yang ingin anda sorokkan menggunakan garis menyerong.

Contoh garisan multiple menyerong pada pakaian

Di dalam dunia fesyen, garisan ini memang memberikan kesan kepada design serta mempunyai elemen yang membantu untuk menjadikan sesuatu mesej pada pakaian lebih jelas dan membantu menutup kekurangan ataupun menonjolkan kawasan yang anda inginkan.

Kongsikan di ruangan komen jika anda ada sebarang pertanyaan atau keraguaan lain mengenai corak bergaris ini.