Menggunakan dua serum yang berbeza fungsi boleh membantu mempercepatkan rawatan kulit, namun begitu, anda perlu berhati-hati dengan bahan aktif yang digunakan oleh serum tersebut.

Hal ini adalah kerana ada bahan aktif yang boleh digunakan bersama, ada yang tidak boleh digunakan bersama kerana berkemungkinan boleh mengurangkan atau menghilangkan fungsi serum antara satu sama lain.

Selain daripada itu, elakkan memakai kedua-dua serum yang memiliki kadar (%) bahan aktif yang tinggi kerana dikhuatiri boleh merengsakan kulit.

Sekiranya anda keliru dengan turutan serum yang perlu dipakai dahulu, lihat masalah utama kulit anda.

Pakai serum mengandungi bahan aktif yang merawat masalah utama kulit anda dahulu. Bahan aktif yang menyokong atau bertujuan untuk mengekalkan kesihatan kulit sedia ada boleh dipakai kemudian.

Sebagai contoh; anda mempunyai serum pencerahan Vitamin C dan serum melembapkan yang mengandungi Hyaluronic Acid.

Sekiranya anda mempunyai jeragat sebagai masalah utama, pakai serum Vitamin C dahulu kemudian barulah serum Hyaluronic Acid sebagai sokongan untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Semoga membantu.