Facial oil mostly ialah emollient, iaitu bahan yang membentuk lapisan di atas kulit untuk tujuan menghalang kehilangan air dari kulit dan bertujuan melembutkan permukaan kulit.

Saiz molekul facial oil juga biasanya besar. Jadi ia bertindak lebih pada permukaan kulit sahaja. Tidak meresap jauh ke dalam kulit.

Jenis facial oil yang berbeza akan ada manfaat yang berbeza, ada yang ada sifat antioksidan dan ada anti-inflammatory (antiradang).

Untuk menghilang fine line, saya lebih cadangkan cara berikut:

1) pastikan kulit cukup lembap/hidrasi

2) bantu kulit hasilkan kolagen kerana kolagen tingkatkan keanjalan kulit

3) lindungi kulit dari sinar uv

Facial oil bukan bahan wajib untuk guna dalam rutin penjagaan kulit. Jika mahu guna, pastikan pilih manfaat oil yang selari dengan keperluan kulit.