Seperti tahun-tahun sebelum ini, ada warna-warna yang dijangkan popular dan tular untuk tema raya tahun ini.
Salah satu warna yang popular, mendapat perhatian serta perdebatan ramai orang adalah warna Brick Orange.
Ramai yang bertanya adakah kulit yang tidak cerah boleh memakai warna oren bata begini?
Jawapan yang saya berikan untuk soalan ini adalah ringkas sahaja. Semua tona kulit boleh pakai warna oren.
Tetapi warna oren yang bagaimana boleh dipakai? Apakah pula gabungan warna yang menjadikan warna oren sebegini lebih cantik apabila dipakai?
Saya akan berikan jawapan dan ulasannya di bawah.
Pekara utama yang ingin saya ketengahkan di dalam topik ini adalah tentang cara untuk anda yang bertona kulit gelap memakai warna oren bata ini.
Secara umumnya, warna jingga atau dipanggil oren mempunyai banyak jenis tona. Ada warna jingga yang pekat dan gelap, ada warna yang cair dan lembut serta ada juga warna yang terang.
Banyak pilihan warna yang anda boleh pilih dan pakai sebenarnya.
Persoalannya yang timbul di sini, bolehkah warna jingga seperti ini dipakai pada kulit yang bertona gelap?
Sekiranya anda mahu pakai warna ini pada pakaian, ia tidak menjadi masalah kerana semua tona kulit boleh pakai warna begini.
High priority area
Kawasan ini merujuk kepada bahagian atas badan dari kepala hingga kawasan pinggul.
Apabila anda mahu memadankan warna pakaian dengan tona warna kulit, kawasan wajah dianggap sebagai kawasan keutamaan.
Utamakan padanan warna yang betul pada pakaian atau aksesori yang berdekatan dengan kawasan wajah.
Low priority area
Kawasan ini pula merujuk kepada bahagian bawah badan iaitu dari pinggul hingga ke kaki.
Memadangkan kawasan kulit tubuh badan selain muka adalah diselindungi dan tidak kelihatan, padankan tona warna kulit kepada warna pakaian yang tidak menjadi keutamaan.
Warna pakaian pada kawasan ini sebaiknya dipilih agar berpadanan dengan warna pada kawasan muka dan kawasan selainnya.
Kontras (contrast)
Jika anda mahu pakai di bahagian muka terutamanya pada tudung, ini adalah panduannya.
Saya perkenalkan kepada anda tentang kontras. Dalam ilmu warna, kontras merujuk kepada jumlah perbezaan yang dilihat antara dua warna.
Pada tona kulit wajah, kontras atau lebih tepat disebut sebagai Personal Contrast Level ditentukan dengan membandingkan warna kulit, anak mata dan rambut (bulu kening untuk wanita bertudung).
Sebagai contoh, hitam dan putih adalah dua warna yang mempunyai kontras yang tinggi kerana possisinya pada skala kontras adalah jauh.
Dua jenis warna kelabu pula mempunyai kontras yang rendah kerana ia berada berdekatan skala.
Wanita di dalam gambar berikut mempunyai kontras sederhana.
Tiga kategori kontras pula adalah seperti berikut:
Apakah relevannya?
Apabila anda sudah tahu tahap kontras, padankan tahap kontras yang sama pada penampilan anda.
Jika kontras tinggi, pakai pakaian dengan kontras tinggi. Jika kontras sederhana, maka pakai pakaian dengan kontras sederhana. Manakala, jika kontras rendah, pakai pakaian dengan kontras rendah.
Cara padanann begini akan menyebabkan warna yang digayakan kelihatan lebih sesuai dan kena dengan tona semula jadi warna kulit.
Contohnya adalah seperti berikut:
Bagi anda yang mempunyai tona kulit gelap tetapi mahu pakai warna Brick Orange ini pada tudung, anda perlu kenal pasti dahulu kontras anda.
Jika kontras anda rendah seperti model berikut, dicadangkan anda padankan warna tudung Brick Orange tersebut dengan anak tudung atau corak dengan warna berikut untuk mewujudkan kontras rendah.
Di bawah ini pula, saya tunjukkan warna yang seakan warna Brick Orange dan lihat kesesuaiannya pada tona warna kulit apabila memakai tudung dengan warna tersebut.
Ada warna yang sesuai dipakai ada warna yang tidak sesuai dipakai.
Berdasarkan penerangan yang saya berikan di atas, saya boleh simpulkan bahawa semua tona kulit sesuai memakai warna Brick Orange ini terutamanya pada baju.
Tetapi untuk pemilihan tudung, anda perlu kenal pasti kontras wajah terlebih dahulu untuk pilih warna tudung yang bersesuaian.
Semoga penjelasan yang saya berikan ini dapat merungkaikan persoalan anda dan maklumat yang diberikan ini berguna pada masa akan datang.