Tanpa mengira apa jenis gaya, rata-rata wanita memilih beg tangan yang ingin dipakai sesuai dengan bentuk badan serta mengikut gaya mereka yang tersendiri.

Jika pakaian harian yang dipakai adalah formal, maka perlu mengenakan beg tangan yang sesuai dengan situasi tersebut. Beg tangan yang dipilih pastinya berstruktur dan berkualiti tinggi.

Walau bagaimanapun, jika anda berada dalam situasi yang lebih santai, beg tangan yang kasual dan tidak berstruktur pastinya menjadi pilihan.

Berikut adalah 4 tip untuk pilih beg tangan yang selesa dan bergaya.

  1. Saiz beg
  • Salah satu faktor penting yang harus dipertimbangkan semasa membeli beg tangan baharu ialah saiz.
  • Saiz beg perlu diambil kira sama ada bersesuaian untuk bersiar-siar, berjumpa klien, bussiness travel atau memulakan peringkat kehidupan yang baru.
  • Sebagai contoh, tote bag sesuai digunakan di tempat kerja atau anda yang perlukan ruang yang mencukupi untuk simpan barang keperluan. Beg jenis ini sesuai untuk anda yang bertubuh tinggi dan langsing kerana ia akan melengkapkan bentuk badan anda.

Pilih saiz beg yang betul supaya selesa apabila dipakai. Sumber: freepik.com

  1. Lihat material beg
  • Jika anda inginkan beg yang berkualiti tinggi dan selesa untuk dipakai, pastikan anda perlu lihat dan teliti material beg tersebut.
  • Selain itu, boleh juga pertimbangkan ketahanan beg tersebut. Jika beg tersebut mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak rosak, maka ia sesuai untuk dipilih.

Pastikan material beg yang dipilih itu sesuai dan berkualiti untuk kegunaan harian. Sumber: freepik.com

  1. Mempunyai zip
  • Mungkin ia dilihat sebagai hal yang tidak begitu penting. Tetapi sebenarnya perkara yang anda perlu pertimbangkan semasa memilig beg juga adalah pada bahagian zip.
  • Sudah pasti anda memerlukan beg yang bertutup sepenuhnya dengan zip supaya barang di dalam beg tidak mudah jatuh dan tercicir.
  • Apabila zip tersebut berfungsi dengan baik, anda tidak perlu risau sekiranya barang di dalam beg terjatuh kerana sudah berzip.

Beg yang ada zip lebih sesuai untuk menyimpan barangan peribadi. Sumber: freepik.com

  1. Pastikan ia selesa
  • Seperti mana pakaian, beg tangan juga mestilah muat dengan selesa apabila dipakai. Sebelum membeli beg tangan tersebut, anda cuba dahulu untuk memastikan ia rasa tidak selesa ataupun tidak.
  • Walaupun anda menyukai rekaan dan perincian pada beg tersebut, tetapi ia tidak selesa untuk dibawa, sudah pasti anda tidak mahu membelinya.
  • Justeru, beg yang dipilih mestilah selesa, tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil supaya sesuai dipakai mengikut situasi.

Pemilihan beg yang selesa penting supaya anda tidak perlukan beg yang banyak. Sumber: freepik.com

Pilihlah beg tangan yang selesa dan sesuai dengan gaya dan personaliti anda. Di samping itu, anda juga boleh pilih beg tangan yang sesuai dibawa ke pelbagai situasi.