Wanita dengan beg tangan tidak boleh dipisahkan. Sudah sekian lama, beg menjadi aksesori atau perhiasan yang mesti dimiliki oleh wanita bagi menyerlahkan lagi penampilan.

Seperti yang diketahui bahawa pemilihan beg wanita atau beg tangan yang asas adalah seperti berikut:

  1. Memilih bentuk beg tangan yang berlawan dengan bentuk badan
  2. Lebar beg tangan tidak melebihi lebar badan
  3. Saiz beg tangan seimbang dengan saiz badan

Terdapat pelbagai jenis beg wanita di pasaran. Kali ini akan dikongsikan kepada anda 12 jenis beg wanita yang berada di pasaran.

Bucket Bag

  • Beg ini agak luas dan kasual dan kebiasaannya berbentuk silinder atau bujur.
  • Bahagian bawahnya adalah rata, mempunyai penutup tali untuk ditarik ke atas untuk ditutup dan pastikan isi di dalam beg tidak terkeluar.
  • Mempunyai tali panjang untuk diletak pada bahu dan mudah di bawa ke mana-mana.

Shopper Bag

  • Jenis beg seperti ini mempunyai permukaan dalamnya yang luas, besar serta mempunyai pemegang yang kukuh.
  • Ia direka khas untuk membawa pelbagai barangan dan sesuai juga untuk membeli belah atau kegunaan harian.
  • Shopper bag ini datang dalam pelbagai material seperti kulit, kanvas atau fabrik.

Tote Bag

  • Tote bag ini ialah beg berbentuk segi empat dengan 2 pemegang selari yang memanjang di bahagian atas beg.
  • Beg ini sering digunakan untuk membawa barang seperti buku, barangan runcit atau barang keperluan harian.
  • Ia juga diperbuat daripada pelbagai material seperti kanvas atau kulit.

Satchel Bag

  • Satchel beg ini ialah beg yang berstruktur dengan bahagian tapaknya yang rata, flap di bahagian atas dan mempunyai sama ada 1 atau 2 pemegang.
  • Beg ini juga sesuai untuk dibawa ke tempat kerja atau majlis rasmi. Ia juga boleh datang dengan pelbagai saiz dan material.

Quilted Bag

  • Beg jenis Quilted ini mempunyai tekstur dan bentuknya tersendiri yang dihasilkan dengan menjahit fabrik atau kulit dengan corak butiran berlian atau bentuk petak.
  • Biasanya beg tangan seperti ini dikaitkan dengan jenama mewah.

Messenger Bag

  • Beg jenis ini biasanya dipakai sama ada di belah kanan atau kiri tangan. Rekaan tali beg ini adalah panjang.
  • Mempunyai bentuk segi empat tepat dan penutup jenis flap.
  • Sesuai digunakan secara harian dan popular untuk situasi kasual.

Hobo Bag

  • Beg jenis ini mempunyai bentuk seperti bulan sabit dengan mempunyai satu tali bahu.
  • Biasanya beg jenis ini diperbuat daripada bahan yang lembut seperti kulit atau kain.
  • Sesuai juga digayakan dalam situasi yang kasual.

Duffel Bag

  • Beg ini berbentuk silinder atau segi empat dengan penutup zip di bahagian atas.
  • Rekaan beg ini sesuai untuk membawa pelbagai alatan seperti pakaian atau keperluan untuk bercuti.
  • Selalunya beg jenis ini mempunyai dua pemegang di bahagian atas dan tali bahu yang boleh ditanggalkan serta mudah untuk dibawa.

Wristlet

  • Wristlet adalah beg kecil dan mempunyai tali yang boleh dipakai di pergelangan tangan.
  • Direka khas untuk membawa barang atau keperluan yang penting sahaja seperti dompet, telefon dan kunci.
  • Sesuai digunakan untuk situasi yang lebih santai.

Minaudiere

  • Beg ini pula sesuai untuk majlis makan malam. Biasanya diperbuat daripada logam, akrilik atau bahan mewah yang lain.
  • Sering dihiasi dengan rekaan yang mewah serta bertujuaan untuk dibawa ke acara rasmi.
  • Biasanya beg seperti ini tidak mempunyai ruang simpanan barang yang luas.

Backpack

  • Backpack atau beg galas ialah beg yang direka khas untuk digalas pada bahagian belakang badan.
  • Beg galas ini mempunyai pelbagai saiz dan bentuk seperti beg galas sekolah, beg galas hiking dan lain-lain.
  • Beg ini mempunyai dua tali di bahagian bahu untuk digalas dan boleh diletakkan pelbagai barang di dalamnya bersesuaian dengan saiz beg.

Clutch

  • Clutch ialah beg yang bersaiz kecil dan dipegang menggunakan tangan tanpa sebarang tali.
  • Ia direka khas untuk di bawa di bawah lengan atau pegang di tangan sahaja serta sering digunakan untuk ke majlis rasmi.
  • Kebiasaannya beg clutch ini digunakan untuk membawa barangan yang penting seperti dompet, kunci dan barangan kosmetik yang mudah dibawa.

Selain daripada 12 beg yang dinyatakan di atas, ada banyak lagi jenis beg yang digunakan oleh wanita.

Setiap jenis beg ini mempunyai tujuan yang berbeza dan mempunyai gaya serta ciri tersendiri serta menjadikannya sesuai untuk pelbagai majlis dan sesuai dengan gaya hidup.

Antara beg yang dinyatakan, yang mana satukah anda selalu? Boleh kongsikan jawapan anda pada ruangan komen di bawah.