Wanita yang mempunyai ketinggian di bawah 155 cm dikategorikan sebagai wanita yang rendah.

Namun anda tidak seharusnya bimbang kerana dengan ketinggian itu, anda masih boleh bergaya dengan cara yang tersendiri.

Ini adalah cara berpakaian yang anda boleh lakukan supaya nampak lebih tinggi.

  1. Pakai Corak Garis Menegak
  • Bagi wanita yang rendah, pakaian dengan corak garis menegak ini membantu untuk mencipta ilusi ketinggian.
  • Anda boleh pilih pakaian seperti dress, blaus atau seluar yang mempunyai corak garis menegak.
  • Garis menegak akan memandu mata dari atas hingga ke bawah serta menambah ketinggian pada penampilan anda.

Sumber gambar: freepik.com

  1. Menggunakan teknik monokromatik
  • Teknik monokromatik adalah teknik yang digunakan untuk suai padankan warna tudung dengan pakaian.
  • Cara guna teknik ini adalah dengan guna warna yang sama atau hampir sama dalam satu kumpulan warna yang sama.
  • Apabila anda memakai warna yang sama atau hampir sama dari atas hingga ke bawah, ia boleh membuatkan anda kelihatan lebih tinggi dan kurus.

  1. Hadkan warna pakaian
  • Bagi wanita yang rendah, untuk menampakkan efek tinggi, anda boleh hadkan warna pakaian yang ingin dipakai.
  • Anda boleh pilih satu atau dua warna sahaja dalam satu-satu penampilan.
  • Sekiranya ingin memakai corak, hadkan juga corak yang ingin dipakai.
  • Hal ini dikatakan demikian kerana semakin banyak warna dan corak yang dipakai, badan akan kelihatan lebih rendah.
  • Sebagai contoh, anda boleh pakai baju dan seluar berwarna hitam dengan tudung berwarna pastel dan sebagainya.

  1. Pakai kasut tumit tinggi
  • Ini adalah cara paling mudah untuk wanita rendah kelihatan tinggi.
  • Malahan ketinggian tumit yang sederhana juga boleh memberi perbezaan ketara dalam penampilan anda.
  • Anda perlu pilih kasut tumit yang selesa, saiz yang betul serta sesuai dengan majlis atau acara yang anda hadiri.

  1. Kekalkan postur badan yang baik
  • Postur tubuh badan yang baik bukan sahaja membuatkan anda kelihatan lebih tinggi tetapi juga boleh memberikan keyakinan dan ketenangan.
  • Sebaliknya postur tubuh yang membongkok akan membuatkan anda kelihatan lebih rendah.
  • Jadi kekalkan postur badan dengan tegak supaya tidak kelihatan lebih rendah.

Kesimpulannya, cara atau tip ini diberikan bukanlah untuk menukar ketinggian fizikal. Tetapi untuk mengenakan pakaian dan gaya yang membantu anda rasa lebih yakin dan kelihatan terbaik.