cara memilih baju raya dengan rekaan puff sleeve top

Dalam Kelas Online Gaya dan Warna Raya, topik yang hangat dibincangkan ialah berkaitan baju raya dengan rekaan puff sleeve top. Tentunya ramai yang bertanya tentang bagaimanakah cara memilih baju raya dengan rekaan puff sleeve top?

Saya kongsikan di sini tip memilih baju raya dengan rekaan ini:

• Puff sleeve begini wujud dalam pelbagai saiz. Ada rekaan yang membentuk gelembung bersaiz besar dan tinggi, ada yang mempunyai saiz gelembung yang kecil dan ringkas.

• Jika anda mempunyai tubuh berbentuk kon, puff sleeve top yang mempunyai gelembung kecil dan ringkas lebih sesuai.

• Jika bentuk tubuh anda lebar dan berisi di bahagian dada, rekaan lengan sebegini boleh menjadikan anda kelihatan lebih lebar. Jadi lebih elok elakkan. Jika mahu pakai juga, pilih yang kecil dan ringkas.

• Secara umumnya, rekaan baju dengan puff sleeve top yang besar dan ketara lebih sesuai untuk wanita yang bertubuh kecil dan ramping serta mempunyai ukur lilit dada yang kecil.

• Jenis fabrik juga sangat mempengaruhi. Jika fabrik agak tebal dan keras (seperti fabrik broked), maka gelembung pada baju dengan lengan sebegini akan kelihatan besar dan kaku (stiff).

• Jadi si pemakai mudah nampak lebih lebar dan maskulin pada kawasan atas badan terutama kawasan bahu.

• Jika fabrik jenis lembut, gelembung pada baju sebegini akan menampakkan ciri-ciri lebih feminin pada si pemakai.

NOTA: Saya juga memuka kelas untuk belajar tentang padanan baju raya dan cara pilih warna tudung.
Saya juga mahu kongsikan beberapa gaya tudung yang mudah tapi cantik dan ayu apabila dipakai di pagi raya. Terus ikuti saya di website, facebook dan juga youtube.