glowwe

Cara Mengetahui Jenis Kulit Melalui Saiz Pori-Pori

Masa Untuk Belek Muka Dan Periksa Saiz Pori-Pori cikpuan !

Bagaimana cikpuan mahu tahu jenis kulit cikpuan?

Punca kenapa pori boleh jadi besar?

Apa yang membuatkan liang pori tersumbat?

 

Mari kita lihat, apa punca dan jenis kulit muka mana cikpuan?

==========
P – Pori-Pori (Pores)

▪️Saiz pori-pori dan kecenderungan pori-pori untuk tersumbat boleh memberikan petanda tentang jenis kulit yang betul.

▪️Pori-pori ialah bukaan kecil dan banyak yang secara semulajadi berada pada permukaan kulit. Di bawah pori-pori ini terdapat liang (atau laluan) yang ada kelenjar minyak.

▪️Apabila kelenjar minyak menjalankan fungsi merembeskan sebum (minyak), bahan ini akan melalui liang dan keluar ke permukaan kulit melalui pori-pori.

▪️Semakin aktif kelenjar minyak, semakin banyak sebum (minyak) yang dihasilkan, menyebabkan liang dan pori-pori menjadi lebih besar. Inilah punca kulit menjadi berminyak.

▪️Pada kulit yang berbeza, ada kelenjar minyak yang kurang aktif, menghasilkan kurang sebum. Maka liang dan pori-pori menjadi lebih kecil kerana tidak banyak sebum yang perlu “diangkut” ke permukaan kulit.

▪️Oleh sebab itu, saiz pori-pori adalah salah satu petanda untuk menentukan jenis kulit.

KULIT KOMBINASI:
1️⃣Pori-pori lebih jelas, besar dan mudah tersumbat di sekitar hidung.
2️⃣️️Pori-pori kecil dan kurang kelihatan pada kawasan pipi dan bahagian muka yang lain.

KULIT NORMAL:
1️⃣Pori-pori kecil dan tidak jelas kelihatan.
2️⃣Permukaan kulit halus, kelihatan lembut dan mulus.

KULIT BERMINYAK:
1️⃣Pori-pori besar, terbuka dan pori-pori jelas kelihatan.
2️⃣Liang pori-pori yang besar juga mudah tersumbat dengan peluh dan minyak yang dirembeskan oleh kelenjar minyak dan kelenjar peluh.

KULIT KERING:
1️⃣Kebiasaannya mempunyai liang kecil.
2️⃣Permukaan kulit sering rasa tegang atau ketat.

 

NOTA: Sudah belek muka dan perhatikan pori-pori? Yang mana satukah jenis kulit cikpuan?

Untuk seterusnya saya akan berbagi info dan cara mengecilkan pori pori wajah bekas jerawat. Adakah cikpuan berminat dan nak tahu?

Lihat Komen

Artikel Terkini

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Jenis – Jenis Gelang Tangan Wanita

Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca

2 months lepas

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

2 months lepas