Tip Pilih Kasut Raya
Kasut jenama apa yang cikpuan selalu pakai? Jenis material yang apa cikpuan akan pilih? Adakah jenis kasut yang cikpuan pilih itu sesuai dipakai untuk setiap acara, majlis ataupun kerja ?
Selain daripada baju raya, kasut raya juga adalah pelengkap kepada pakaian hari raya.
Saya percaya hari pertama hari raya, ramai yang akan kunjung mengunjungi sanak saudara yang jauh-jauh.
Jadi jenis kasut raya yang betul sangat penting bagi memastikan kaki cikpuan tidak melecet di hari raya!
Jenis kasut yang betul bukan sahaja dapat membuatkan cikpuan berasa selesa malah individu lain yang melihat juga akan berasa selesa melihatnya.
Bagaimana untuk memilih kasut yang selesa?
Ini jawapannya! Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan.
1) Muncung Tirus
Kasut yang berbentuk muncung tirus ini sesuai untuk cikpuan kaki yang tidak lebar dan kebiasannya bersaiz 4,5 atau 6. Kasut dengan bentuk ini nampak lebih bersifat anggun dan elegan.
2) Muncung Rata
Kasut yang berbentuk muncung rata pula sesuai untuk cikpuan yang kakinya bersaiz 7, 8 atau 9 kerana kasut yang berbentuk ini menunjukkan ia bersifat tegas, profesional dan maskulin.
3) Muncung Melengkung
Terakhir, kasut muncung melengkung sesuai untuk cikpuan yang berkaki saiz kecil atau lebar dan kasut ini sesuai juga untuk semua saiz kaki. Sesiapa yang memakai kasut berbentuk ini dikatakan bersifat lebih feminin.
Jadi, mana satukah pilihan cikpuan?
Nota: Cadangan saya belilah kasut pada waktu tengah hari kerana pada waktu itu kaki sedang mengembang supaya nanti cikpuan tidak salahkan kasut tersebut mengecil 😅 Terima kasih kerana membaca!
Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca
Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca
Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca
Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca
Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca