Jerawat nasi atau “tiny bumps” adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan jerawat jenis papules dan pustules. Seperti jerawat lain, papules dan pustules terjadi kerana minyak berlebihan dan sel kulit mati yang tersumbat pada liang pori dijangkiti bakteria dan seterusnya membentuk jerawat.
Cara rawatan: Gunakan BHA/ Beta Hydroxy Acid.
✓ Beta Hydroxy Acid atau lebih popular sebagai Salicylic Acid adalah sejenis bahan larut minyak yang berasal daripada pokok Willow Bark.
✓ Salicylic Acid bersifat keratolytic dan comedolytic yang membawa maksud ia bukan sahaja membuang sel kulit mati pada permukaan kulit, tetapi juga boleh diserap sehingga ke dasar liang pori untuk meleraikan minyak dan kotoran yang boleh menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat.
✓ Salycilic Acid sesuai untuk kulit mudah berjerawat (acne-prone skin). Apabila digunakan secara konsisten, Salicylic Acid bukan sahaja membantu menghilangkan jerawat dan blackheads tetapi juga mencegah daripada pertumbuhan jerawat dan blackheads yang baru.
✓ Salicylic Acid juga bersifat anti-inflammatory menyebabkan ia tidak akan meninggalkan Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH).
✓ Salicylic Acid dikatakan sangat bagus untuk digunakan bersama Benzoyl Peroxide untuk membunuh jerawat p.acnes kerana kedua-duanya bersifat antibakteria.
✓ Ia juga boleh mengeringkan kulit, jadi pemakaian pelembap yang bersifat melembapkan adalah sangat penting.
✓ Dos Salicylic Acid yang digalakkan adalah di antara 0.5%-2%.
Cadangan produk skincare terbaik untuk menghilangkan jerawat nasi:
1) Cosrx BHA Blackhead Power Liquid
• 4% Betaines Salicylate (gentle and exfoliate skin after the product is removed and evaporated)
• kena tunggu 5-10 minit sebelum apply product lain
• 2-3 kali seminggu
2) Benton Aloe BHA Skin Toner
• 0.5% Salicylic Acid
• gentle exfoliation
• daily usage
Tip dan rawatan lain untuk menghilangkan jerawat nasi dan mencegah jerawat muncul lagi di wajah:
1) Elakkan penggunaan fizikal skrub atau memicit jerawat berkenaan, ia akan menyebabkan menjadi lebih teruk.
2) Elakkan penggunaan sabun buku (bar soap). Kebanyakan sabun buku memiliki pH yang tinggi dan juga bersifat comedogenic.
3) Gunakan pelembap yang melembapkan tetapi tekstur yang ringan diserap oleh kulit.
kalau salicylis acid tu guna serum atau cream sahaja boleh ke?
Salicylic acid boleh ada di dalam pelbagai jenis produk termasuklah di dalam serum dan krim.