Gelang tangan adalah salah satu aksesori popular yang dipakai oleh wanita dari dulu hingga kini.
Setiap wanita digalakkan untuk memiliki gelang tangan ini sebagai pelengkap terhadap keseluruhan gaya anda.
Setiap jenis aksesori yang dipilih memberikan mesej-mesej tertentu kepada orang yang melihat diri kita.
Terdapat pelbagai jenis gelang tangan yang boleh dipilih oleh wanita untuk gaya yang lebih feminin dan menarik.
Jenis-Jenis Gelang Tangan Wanita
Gelang tangan mempunyai pelbagai jenis rekaan, bentuk dan warna yang berbeza-beza.
Setiap gelang tangan yang dipakai membawa mesej yang berbeza buat si pemakai.
Antara jenis-jenis gelang tangan wanita adalah seperti berikut:
- Tennis
- Gemstone
- Cuff
- Multiple Strands
- Bangle
- Charm
- Beaded
- Wristwatch
Cara Menggayakan Gelang Tangan Wanita
Untuk meggayakan gelang tangan, anda perlu:
Pilih Saiz Yang Betul
- Pastikan anda memilih gelang tangan yang sesuai dengan saiz pergelangan tangan.
- Tidak memilih gelang yang terlalu ketat atau terlalu longgar.
- Boleh juga pilih gelang yang boleh dilaraskan agar sesuai dengan saiz pergelangan tangan seperti cuff.
- Pastikan juga gelang tangan yang dipilih selesa apabila dipakai.
Suai Padankan Dengan Pakaian Anda
- Pemilihan gelang tangan juga boleh dipilih berdasarkan pakaian yang dipakai.
- Contohnya gelang tangan seperti tennis atau cuff sesuai dipadankan dengan pakaian untuk majlis makan malam, perayaan dan sebagainya.
- Manakala untuk kegunaan harian pula boleh pilih gelang tangan jenis beaded atau chain.
Pertimbangkan Gaya Anda
- Setiap wanita memiliki gaya dan personaliti tersendiri.
- Ada wanita yang sukakan gaya minimalis dan ringkas seperti beaded, chain atau bangle bracelets.
- Manakala untuk wanita yang mempunyai personaliti berani sesuai memakai gelang yang tebal seperti cuff.
Kenal Pasti Tona Warna Kulit
- Digalakkan untuk kenal pasti terlebih dahulu sama ada anda cool atau warm.
- Gelang tangan berwarna emas sesuai digunakan oleh individu yang mempunyai tona kulit warm.
- Manakala, gelang tangan berwarna silver atau platinum sesuai dipakai oleh individu yang bertona cool.
Cara Menjaga Glelang Tangan
Sama seperti aksesori yang lain, gelang tangan juga perlu dijaga dan disimpan dengan elok supaya boleh bertahan lama.
Cara untuk menjaga gelang tangan adalah seperti berikut:
Simpan Di Tempat Yang Betul
- Simpan gelang tangan anda di dalam kotak atau pouch bag untuk elakkan sebarang calar.
Bersihkan Dengan Lembut
- Gunakan kain yang lembut untuk membersihkan kotoran atau habuk yang berada di permukaan gelang tangan.
- Elakkan juga menggunakan bahan kimia yang bersifat kuat atau keras.
Tanggalkan Sebelum Melakukan AKtiviti
- Tanggalkan gelang tangan anda sebelum melakukan aktiviti seperti berenang, mandi atau sebarang aktiviti berat.
Jelaslah bahawa gelang tangan ialah aksesori yang boleh membantu menyerlahkan lagi penampilan anda.
Ada pelbagai jenis gelang tangan wanita.
Anda perlu pilih gelang tangan dengan saiz yang betul, sesuai mengikut situasi dan membantu menyerlahkan lagi penampilan anda.