Artikel kali ini ditulis khas untuk bakal pengantin yang sedang mencari idea baju pengantin berdasarkan Color of The Year 2023.

Warna yang menjadi pilihan Color of The Year 2023 yang telah diisytiharkan oleh Pantone adalah warna Viva Magenta.

Viva magenta adalah salah satu warna yang berada di bawah keluarga warna merah. Ia membawa mesej seperti keberanian, kekuatan, semangat serta kebahagiaan.

Berikut adalah 20 cadangan baju pengantin yang berwarna Viva Magenta untuk dijadikan sumber inspirasi baju pengantin tahun ini untuk majlis nikah ataupun bersanding.

Baju nikah

Kebiasaannya pengantin memilih baju nikah yang ringkas dan tidak terlalu banyak dengan perincian. Terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh dipilih oleh pihak pengantin untuk dipakai sewaktu majlis nikah.

Warna yang sering dipilih untuk majlis nikah ialah warna putih. Tetapi ada juga pasangan pengantin yang memilih warna selain putih.

Antara warna yang menjadi pilihan pengantin selain putih ialah Baby Blue, Soft Pink, Sage atau Mint Green, Nude dan lain-lain.

Berikut adalah contoh baju nikah yang boleh dijadikan inspirasi oleh pengantin perempuan. Corak dan warnanya sangat cantik untuk dijadikan baju nikah.

Baju bersanding

Baju untuk bersanding biasanya mempunyai pilihan yang pelbagai dari segi warna, rekaan, corak dan saiz. Ada pengantin yang suka corak ringkas, minimalis, dan sebagainya. Di samping itu, ada juga pengantin yang suka tema tertentu seperti songket, klasik dan lain-lain.

Baju pengantin perempuan mempunyai pelbagai pilihan seperti pakai dress, kebaya labuh atau moden.

Berikut adalah contoh baju pengantin yang boleh anda jadikan inspirasi berdasarkan warna Viva Magenta ini.

Terdapat lebih 10 pilihan corak dan rekaan yang anda boleh lihat di bawah.

Semoga perkongsian busana pengantin warna Viva Magenta ini dapat memberi anda inspirasi untuk memilih rekaan baju pegantin pada tahun ini.

Jika anda ada mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan topik ini boleh kongsikan di ruangan komen.