Apabila kita melihat warna hijau pasti perasaan pertama yang dirasai adalah rasa tenang.

Ada penjelasan yang mengapa keadaan ini terjadi.

Para saintis mendapati, apabila manusia melihat warna hijau, dua perkara utama berikut serta-merta berlaku dalam badan:

1) Tahap histamin dalam darah akan meningkat.

Histamin ialah sejenis kompaun yang dikeluarkan oleh sel-sel badan sebagai tindak balas kepada kecederaan, alahan dan keradangan. Histamin membantu otot lebih relaks dan kapilari darah mengembang agar darah boleh bergerak dengan lebih lancar.

2) Kelenjar pituitari akan terangsang.

Kelenjar pituitari ialah kelenjar induk yang membantu mengawal fungsi badan dengan menghasilkan pelbagai hormon penting agar setiap anggota badan boleh ‘berkomunikasi’ antara satu sama lain.

Oleh sebab inilah kita selalu menyebut bahawa hijau itu nyaman, mendamaikan, menenangkan dan menyegarkan.

 

#PuanMary #GuruImej #TipPilihWarna