glowwe girls pasti pernah mendengar bahwa teh hijau memiliki manfaat untuk wajah berjerawat. Dan sebahagian orang menggunakan teh hijau sebagai scrub untuk muka, atau bahkan menjadikan teh hijau sebagai mask / topeng muka? Adakah hal tersebut adalah benar? Apakah sebenarnya manfaat dan kebaikan teh hijau untuk penjagaan kulit dan wajah?

Teh hijau atau lebih dikenali sebagai green tea adalah satu bahan yang tidak asing lagi khasiatnya baik di dalam struktur pemakanan mahupun produk penjagaan diri. Antara khasiat teh hijau yang terkenal adalah bahan anti-oksidan dan bahan anti-radang yang boleh membuatkan kulit wajah kekal sihat dan berseri.

Apakah kelebihan-kelebihan teh hijau kepada peminumnya?

1) Boleh melawan pertumbuhan jerawat

Teh hijau mengandungi bahan anti-oksidan dan anti-radang. Anti-oksidan boleh menghalang atau memperlahankan radikal bebas daripada merosakkan sel kulit. Anti-radang pula mengurangkan keradangan kulit seperti gatal, merah-merah dan juga jerawat.

2) Boleh mengawal minyak pada kulit

Wanita sememangnya sering dikaitkan dengan hormon. Malah masalah jerawat juga boleh terjadi akibat tidak keseimbangan hormon. Ketidakseimbangan hormon androgen pada wanita boleh mengakibatkan jerawat yang luar biasa pada dagu dan sekitar rahang. Teh hijau dikatakan mampu mengawal androgen dan mengurangkan penghasilan minyak kerana ia mempunyai bahan anti-andorgen semula jadi.

3) Boleh memperlahankan kulit wajah menjadi matang atau anti-penuaan

Terdapat beberapa kajian yang mengatakan bahawa teh hijau boleh meningkatkan keanjalan kulit wajah seterusnya mengurangkan penuaan kulit wajah. Ia juga memberi kelembapan kepada kulit dan meneutralkan radikal bebas daripada cahaya matahari.

Walaubagaimanapun, teh hijau mengandungi kafein yang menyebabkan ia tidak boleh diminum secara berlebihan tetapi jika ia adalah bahan yang digunakan di dalam produk wajah, maka penggunaan berterusan tidak menjadi masalah.

Semoga tip penjagaan kulit menggunakan teh hijau ini boleh membawa manfaat bagi ramai wanita di Malaysia, Jangan lupa kongsikan ke glowwe girls yang lain ya…