
Di tahun 2019 ini, adakah diantara cikpuan yang tengah mencari padanan warna baju pengantin atau tema perkahwinan? Atau mungkin tengah mencari trend untuk padanan baju pengantin dan bridesmaid baju pengapit pengantin? Di post ini, saya akan kongsikan beberapa pilihan padanan warna baju untuk bridesmaid di Malaysia. Tapi, saya tidak ada menjual baju bridesmaid ya, saya hanya berkongsi cadangan warna yang sesuai dan bagud untuk busana pengantin dan pengiring/pengapit pengantin / bridesmaid dengan berpandukan warna baju pengantin.
Memandangkan kita sudah hampir ke penghujung tahun, ramai yang bertanya kepada saya berkenaan dengan warna yang sesuai untuk bridesmaid. Ada juga yang mengadu kepada saya tentang warna baju bridesmaid lebih menyerlah daripada pengantin. Ini tidak betul
Warna baju bridesmaid sebaiknya melengkapi warna baju pengantin perempuan tanpa mengambil alih tumpuan terhadap pasangan raja sehari tersebut.
Jadi hari ini saya mahu berkongsi beberapa warna baju bridesmaid yang melengkapi baju pengantin. Semoga bermanfaat kepada cikpuan semua.
Baju dah jumpa dah, mekap macam mana pula? Nak tahu cara mekap untuk bridesmaid? Tonton disini > Tutorial Cara Mekap Bridesmaid simple dibawah RM 200
Adakah pilihan warna baju bridesmaid tadi cikpuan suka? Jangan lupa untuk kongsikan kepada kenalan cikpuan, supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada ilmu ini. So, sekarang dah tak pening nak pilih baju tema bridesmaid. Apa baju tema bridesmaid cikpuan? Merah, kuning, hijau, biru, hitam, kelabu? atau warna lain?
Terima kasih… Sangat membantu…
Macamana pulak kalau pengantin warna silver, keluarga pengantin kena pakai baju warna ape?
Saya cadangkan keluarga Cikpuan menggunakan baju berwarna maroon, dusty pink ataupun sky blue.
Kalau pengantin green tea bridemaids wrna apa yg sesuai..
Warna yang sesuai untuk dipakai oleh bridemaids yang dicadangkan antaranya adalah warna cream, nude ataupun grey.
macam mana kalu pengantin warna kuning mustard , baju untuk family warna apaa yaa???
Untuk family Cikpuan, boleh gunakan warna seperti cranberry, dark navy blue ataupun emerald green.
Warna apa yang sesuai untuk bridesmaid ye kalau baju pengantin warna baby blue?
Bridesmaid boleh memakai baju warna lavender, lilac purple, powder blue ataupun greyish.
kalau baju pengantin warna kuning tp pihak pempuan dh amek kaler brown.. pihak laki xtau nak amek kaler apa
Saya cadangkan keluarga pihak lelaki memakai warna sage green.
macam mana kalau pengantin wena kuning mustard , keluarga pengantin kna pkai bju wrna apaa yaa??
Keluarga pengantin boleh memakai baju berwarna emerald green, cranberry, ataupun dark blue.
Kalau pengantin warna green tea, bridesmaid sesuai warna apa ye?
Bridesmaid boleh memakai warna cream.
Kalau pengantin colour maroon, selain brown warna apa lagi family boleh pakai ya ?
Saya cadangkan warna seperti salmon, pastel yellow, soft peach, puce, crown thorns ataupun nude untuk keluarga Cikpuan.
Kalau family pengantin warna maroon, pengantin sesuai warna ape ye puan? Thank you puan.
Saya cadangkan warna seperti pastel yellow, salmon, nude, soft peach, puce, ataupun crown thorns untuk pihak pengantin.
Kalau baju pengantin warna dark blue,baju family warna soft purple..baju pengapit sesuai warna apa ya?
Saya cadangkan untuk pengapit memakai baju berwarna light grey.
Hai nak tanya, if baju pengantin warna maroon kemerahan, bridemaids sesuai wrna apa ya?
Hai, saya cadangkan untuk bridesmaid memakai warna nude, salmon, soft peach, pastel yellow ataupun crown thorns
klw pengantin baju wrna turquoise, untuk family wrna apa sesuai ye
Untuk keluarga Cikpuan, saya cadangkan warna william, violet petal ataupun khaki
Kalau family warna babyblue, pengantin sesuai warna apa ye?
Saya cadangkan pengantin untuk memakai baju berwarna peach, baby pink ataupun pigeon post
klau baju fmily green tea.. utk baju pngantin sesuai apa?
Saya cadangkan kepada pengantin untuk memakai baju berwarna soft yellow, cider ataupun bluebell
Hi . Nak tnya . Kalau baju Pengantin songket warna gold , . Family sesuai pakai warna apa ye ?
Hi, saya cadangkan untuk keluarga Cikpuan memakai baju berwarna pastel yellow, smoky violet ataupun sky blue.
Terima kasih atas perkongsian Puan Mary. Kalau pengantin pakai sage green, warna apa yang sesuai untuk family ye? Terima kasih Puan dan team.
Saya cadangkan untuk pihak keluarga Cikpuan memakai warna soft yellow, cider ataupun peach
Salam Puan, kalau family pengantin pakai warna purple lilac/lavender. Warna apa yang sesuai untuk pengantin ye?
Terima kasih Puan
Warna yang sesuai untuk pengantin adalah seperti warna pastel pink, brown red, smokey violet, dark purple ataupun pastel purple
Hi, kalau pengantin lelaki navy blue pengantin perempuan baby blue, kaler ape yang sesuai untuk pengapit or family?
Hi, saya cadangkan warna yang sesuai untuk pengapit atau keluarga Cikpuan memakai warna baby pink, peach ataupun pigeon post