
Masih kurang pasti apakah warna yang boleh dipadankan dengan warna hijau?
Sebelum ini saya sudah kongsikan padanan warna biru. Hari ini saya mahu kongsikan pilihan warna yang pasti sepadan dengan pelbagai jenis warna hijau.
Fakta berkenaan warna hijau:
- Warna hijau merupakan warna kedua popular selepas warna biru.
- Warna hijau dikenali sebagai warna yang selamat kerana warna hijau digunakan sebagai tanda “jalan” pada lampu isyarat jalan raya, keretapi dan laluan kapal.
- Kebanyakan negara di dunia juga menggunakan warna hijau sebagai warna simbol laluan kebakaran.
- Kebanyakan pakar mata menyarankan untuk melihat warna hijau selepas menghadap skrin komputer untuk jangka masa yang lama kerana warna hijau mampu meredakan mata yang letih
- Warna hijau merupakan warna kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.
Berikut adalah 8 padanan warna bagi warna hijau:
Padanan Warna Greenery

Padanan Warna Turquoise

Padanan Warna Pistachio Green

Padanan Warna Emerald

Padanan Warna Lime Green

Padanan Warna Sea Green

Padanan Warna Kale

Padanan Warna Forest Biome

Padanan warna ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memilih pakaian, juga boleh digunakan untuk menghias rumah. Baca juga >> Padanan Warna Baju Pengapit Pengantin / Bridesmaid Terbaik 2019
Salam puan, sekiranya warna dusty green…apakah combination color yang sepadan?
Waalaikumussalam, boleh dipadankan dengan warna dark magenta, serenade pink, mauve purple, dark green, dark salmon, black