Pada post ini, team saya akan kongsikan tutorial makeup bridesmaid simple dan murah di tahun 2019 ini. Pastinya ramai diantara glowwe girls yang akan menjadi pengapit pengantin(bridesmaid) dan tentunya ingin tampil cantik dan menawan, mengawal raja sehari. Maka disini tim glowwe telah buatkan sekali dengan tutorial dan cara mekap simple untuk bridesmaid/pengapit pengantin.

Ada kenduri kahwin dalam masa terdekat? Eh, tapi bukan pengantin, bridesmaid jee. Mekap bagaimana yang sesuai ya? Mekap untuk wanita berhijab? Bajet yang tidak mahal?

Haa, mekap memainkan peranan penting apabila menjadi bridesmaid kerana sudah tentu pertama, kita tidak mahu melebihi si pengantin dan semestinya kita ingin kelihatan berseri di dalam gambar supaya tidaklah mencacatkan gambar pengantin tersebut!

Oleh itu, saya bawakan sahabat saya serta modelnya yang mempunyai kulit kombinasi dan tona kulit yang sedikit tan untuk membuat tutorial mekap bridesmaid yang simple.

Satu lagi rahsia! Tutorial ini bukan sahaja mudah tetapi menggunakan mekap drugstore yang sangat murah iaitu bawah Rm200 sahaja! Ruginya kalau tak tengok.

Kalau glowwe girls sedang mencari baju/busana mekap, glowwe girls boleh melihat dan membaca post sebelum ini disini > Pilihan padanan warna baju busana bridesmaid terbaik 2019 di Malaysia.