Warna pastel adalah warna yang kusam, pucat tetapi sering digambarkan sebagai warna yang lembut dan menenangkan.

Warna-warna pastel ini terhasil dari campuran sedikit warna putih dengan tona warna tulen untuk hasilkan warna yang lebih terang.

Warna pastel ini biasanya termasuk tona warna merah jambu, biru, hijau, ungu, kuning dan oren.

Selain itu, warna-warna pastel juga adalah warna yang sesuai digunakan dalam pelbagai situasi dan acara.

Kebanyakan penggemar warna-warna pastel ini terdiri daripada golongan muda. Mereka lebih gemar memilih warna-warna seperti ini berbanding warna yang gelap.

Di samping itu, warna pastel juga sering dikaitkan dengan sifat feminin, anggun serta menyerlahkan lagi sifat kewanitaan.

Berikut adalah koleksi cadangan warna yang boleh dipadankan bersama dengan warna pastel.

Dalam ilmu psikologi warna, warna pastel memberikan mesej seperti berikut:

  • Kelembutan
  • Ketenangan
  • Mudah didekati
  • Mendamaikan
  • Melegakan
  • Ringkas (tidak sarat)

Warna pastel ini apabila dipadankan pada pakaian yang ringkas rekaannya, pasti lebih menyerlah mesej yang dinyatakan di atas.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan idea buat peminat warna-warna pastel di luar sana.