Ungu atau purple adalah warna dalam kategori warna cool dan ramai wanita yang meminati warna ini.

Warna purple ini adalah warna yang terhasil daripada gabungan warna biru dan merah.

Jika ingin menambah kepekatan warna ungu itu, boleh campurkannya dengan warna hitam. Sekiranya ingin jadikan ia warna purple yang lebih cerah, boleh ditambah dengan warna putih.

Dalam psikologi warna, purple membawa mesej seperti kreativiti, kewanitaan, inspirasi, misteri, kemewahan dan sebagainya.

Terdapat pelbagai tona warna yang dihasilkan daripada warna purple ini seperti warna Lavender, Light Purple, Dark Purple, Lilac dan lain-lain.

Seperti warna yang lain, warna purple juga mempunyai banyak pilihan warna yang boleh dipadankan bersama. Antaranya ialah:

Biru

  • Warna biru sememangnya menjadi warna yang tidak asing dalam dunia warna. Seperti warna ungu, warna biru juga mempunyai pelbagai tona warna di dalam keluarga warnanya.
  • Biru dan purple adalah dua warna dalam kategori warna cool.
  • Walaupun dua warna ini berada di dalam kategori yang sama tetapi ia sesuai untuk dipadankan bersama.
  • Sebagai contoh, warna Light Pastel Purple sesuai dipadankan dengan warna Blue Ribbon.

Sumber gambar: colorscheme.com

Beige

  • Warna beige adalah warna dalam  kategori warna tanah atau warna bumi. Warna ini sesuai dipadankan dengan warna purple.
  • Contoh padanan warna purple yang sesuai dengan warna beige ialah light purple, lilac dan lain-lain.
  • Warna ini semakin menjadi trend dalam dunia fesyen terutamanya dalam kalangan remaja.
  • Golongan tersebut lebih gemar memilih warna beige dengan warna pastel yang lain untuk digayakan.

Sumber gambar: colorscheme.com

Kelabu

  • Seperti yang diketahui, warna kelabu adalah salah satu warna neutral. Warna ini juga antara warna yang sesuai dipadankan bersama dengan warna purple.
  • Warna kelabu sememangnya mempunyai tona warna yang pelbagai.
  • Ada warna kelabu yang sesuai untuk tona kulit cool dan ada warna kelabu yang sesuai dengan tona kulit warm.
  • Oleh itu, anda perlu pastikan pakaian warna purple yang dipilih sesuai dengan tona warna kulit supaya tidak nampak kusam.

Sumber gambar: colorscheme.com

Putih

  • Warna putih juga tidak terkecuali untuk dipadankan bersama warna purple.
  • Ramai wanita ketika ini suka memilih warna putih untuk baju, tudung, seluar ataupun skirt.
  • Putih sememangnya warna yang mudah untuk dipadankan dengan banyak warna.
  • Anda boleh memilih untuk memakai baju berwarna purple dengan seluar atau skirt berwarna putih dan sebaliknya.

Sumber gambar: pinterest.com

Purple dengan purple

  • Antara warna lain yang sesuai dipadankan bersama warna purple adalah warna purple yang mempunyai tona warna berbeza.
  • Purple sememangnya mempunyai pelbagai jenis dan tona warna. Ada warna purple yang gelap dan ada warna purple yang cerah.
  • Sebagai contoh, warna dark violet dipadankan dengan lavender, purple dengan pastel purple dan lain-lain.
  • Teknik padanan warna ini adalah teknik monokromatik yang gabungkan warna dalam satu tona warna yang sama dengan kepekatan yang berbeza.

Sumber gambar: pinterest.com

Pink

  • Antara warna yang sesuai digabung dan dipadankan bersama warna purple juga adalah warna pink.
  • Tetapi tidak semua warna pink itu sesuai dipadankan dengan warna purple. Ada tona warna yang sesuai dan tidak sesuai dipadankan bersama.
  • Sebagai contoh, warna pastel pink sesuai dipadankan dengan warna lavender, mauve purple dengan warna dusty pink ataupun soft rosy pink.
  • Warna pink yang terlalu cerah dan gelap tidak begitu sesuai untuk dipadankan bersama warna purple kerana akan kelihatan tidak harmoni.

Sumber gambar: colorscheme.com

Hitam

  • Purple dan hitam juga boleh menghasilkan gabungan warna yang cantik. Warna purple sesuai dengan warna hitam sama ada ia adalah warna purple yang cerah atau gelap.
  • Contohnya, warna hitam dengan purple plum ataupun pastel purple.

Sumber gambar: colorscheme.com

Terdapat banyak lagi padanan warna yang sesuai dipadankan bersama dengan warna purple.

Warna yang dicadangkan di atas, bukan sahaja untuk padanan pakaian tetapi boleh juga dijadikan panduan untuk padanan baju pengantin dengan keluarga ataupun bridesmaid.

Jika anda ada soalan berkaitan padanan warna, boleh kongsikan soalan anda pada ruangan komen di bawah.