Salah satu aspek yang saya sangat tekankan di dalam penampilan adalah bau badan. Sangatlah tidak padan apabila kita bergaya atau pakai baju yang cantik tetapi bau kita boleh menyebabkan orang di sekitar memilih untuk menjauhkan diri.

Peluh manusia itu sendiri sebenarnya tidak berbau. Bau yang kurang menyenangkan berlaku apabila bakteria yang hidup pada kulit kita memecahkan protein yang terdapat pada peluh menjadi asid tertentu.

Sekiranya peluh ini bertambah kuantitinya, bilangan bakteria juga akan berganda jumlahnya. Ini sudah tentu menyebabkan proses pemecahan peluh menjadi asid bertambah aktif dan bau yang terhasil semakin kuat.

Cara paling mudah dan berkesan untuk menghapuskan bau badan ialah dengan penggunaan produk yang dinamakan deodoran atau antiperspirant.

Selain membaca label, berikut adalah perbezaan di antara deodoran atau antiperspirant.