Mencuba tudung dengan warna yang baru membantu menaikkan seri wajah.

Kita biasa melihat orang lain kelihatan cantik apabila bergaya dengan tudung warna tertentu namun kita rasa takut untuk mencuba warna yang sama.

Ketakutan ini selalunya berpunca daripada perasaan bahawa warna yang jarang kita pakai boleh menyebabkan wajah kelihatan suram dan tidak sesuai dengan tona warna kulit.

Usah takut lagi! Saya mahu kongsikan di sini warna-warna yang sesuai dengan semua jenis tona warna kulit. Warna-warna ini dipanggil warna universal.

Saya mempelajari tentang warna-warna universal ini ketika mengambil kursus pentauliahan sebagai colour and style consultant lebih 11 tahun yang lalu.

Warna universal sesuai untuk semua orang kerana mempunyai pigmen warna panas dan sejuk (warm and cool) yang seimbang untuk semua jenis kulit.