“Lelaki Lambat Tua Berbanding Wanita” dan fakta-fakta lain berkaitan kulit lelaki.

KULIT WAJAH LELAKI LEBIH TEBAL DAN KUAT
=====
Buat pengetahuan cikpuan, kulit lelaki adalah 25% lebih tebal berbanding kulit wanita kerana lelaki mempunyai androgen (testosteron). Hormon ini juga menyebabkan tekstur kulit wajah lelaki lebih kuat.

Oleh sebab itu, lelaki memerlukan cara penjagaan kulit yang berbeza berbanding wanita.

Disebabkan tekstur kulit yang lebih kuat ini juga, wajah lelaki lebih lambat menerima kesan akibat stres dan lambat berkedut.

KULIT WAJAH LELAKI LEBIH BERMINYAK
=====
Selepas akil baligh, pengeluaran sebum (minyak) pada kulit wajah lelaki adalah lebih banyak daripada wanita.

Ini disebabkan oleh rembesan androgen yang turut menyebabkan jerawat pada lelaki mengambil masa lebih lama untuk pulih berbanding perempuan.

Namun begitu, kebaikan sebum ini ialah sebagai pelembap semulajadi pada kulit wajah seseorang itu sekiranya tidak berlebihan.

KULIT WAJAH LELAKI 15 TAHUN LEBIH MUDA
=====
Kepadatan kolagen pada kulit lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita.

Disebabkan kandungan kolagen ini secara langsung berkaitan dengan tanda-tanda penuaan kulit, pakar kulit mendapati kulit seorang wanita dewasa boleh kelihatan 15 tahun lebih tua daripada lelaki yang seusia dengannya.

Jadi, disebabkan ramai lelaki memilih untuk tidak memakai pelembap kulit dan pelindung matahari (SPF), perbezaan 15 tahun ini selalunya tidak akan kelihatan padanya.

 

NOTA: Tidak kira lelaki mahupun perempuan, cikpuan/tuan tetap juga kena jaga kulit wajah anda sekiranya anda tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia yang sebenarnya. Rajinkan diri dengan memakai pelindung matahari(sunscreen) setiap hari ya!

Terima Kasih!