Assalamualaikum cikpuan ❤️

Hari ini saya akan kongsikan corak apa yang sesuai untuk baju kurung mahupun jubah. Tetapi sebelum itu, boleh saya tahu, corak apa yang cikpuan selalu pilih untuk baju kurung atau jubah? Corak yang bagaimana yang menarik perhatian cikpuan setiap kali cikpuan mahu pilih untuk baju kurung atau jubah?

Haaa, sekarang ini lah masa yang sesuai untuk cikpuan membuat pilihan untuk memilih corak apa yang cikpuan mahu pakai untuk baju kurung atau jubah di kemudian hari.

Selain polos, corak-corak yang saya kongsikan kali ini sangat sesuai untuk digunakan pada baju kurung atau jubah. Jadi, corak yang manakah sudah ada dalam koleksi cikpuan?

Mari kita sama-sama lihat apakah corak itu.

 

1) Corak Polkadot

Pilihan Corak Untuk Baju Kurung dan Jubah

Corak polka dot ialah corak yang diminati sejak zaman dahulu lagi tidak kira dari anak kecil hinggalah orang dewasa kerana apabila cikpuan memakinya, corak polka dot ini membuat cikpuan akan kelihatan lebih cantik dan comel😊. Pilih corak polka dot mengikut saiz rangka badan.

Jika rangka tubuh kecil, elok pakai saiz polka dot kecil manakala, jika rangka tubuh sederhana dan besar, elok pakai saiz polka dot yang sederhana.

2) Corak Stripes

Pilihan Corak Untuk Baju Kurung dan Jubah

Corak stripes ini selalunya digunakan pada cikpuan yang mahu kelihatan kurus dan tinggi tetapi cikpuan haruslah memilih garisan yang halus sekali gus memberi ilusi kurus kepada gadis gempal. Ketebalan garisan perlu seiring dengan rangka saiz badan agar kelihatan seimbang.

Ingat ya cikpuan, melihat pada gambar dengan melihat sendiri menggunakan mata cikpuan tidak akan sama ya. Jadi, buat pilihan dengan betul baik!

3) Corak Floral

Pilihan Corak Untuk Baju Kurung dan Jubah

Corak bunga melambangkan kelembutan dan keayuan. Pilih corak bunga yang ada jarak di antara setiap satunya untuk elak kelihatan sarat, penuh dan berat.

Untuk cikpuan yang berbadan besar, seolaknya pilih corak bunga yang kecil manakala cikpuan yang berbadan kurus/kecil, pilih corak bunga yang besar agar kelihatan berisi sedikit tetapi sekiranya cikpuan yang berbadan kurus boleh juga memakai corak bunga yang kecil kerana lebih nampak comel apabila memakainya😊.

4) Corak Geometric

Pilihan Corak Untuk Baju Kurung dan Jubah

Corak geometric yang sesuai untuk tubuh yang mempunyai lekuk (curvy body). Selain membantu menyorok kekurangan, corak geometri juga boleh mengalih perhatian. Jadi pilih pakaian dengan corak geometri yang berada pada kawasan kecil tubuh seperti hujung lengan baju dan hujung kain.

5) Corak Paisley

Pilihan Corak Untuk Baju Kurung dan Jubah

Corak paisley mempunyai garisan seperti bentuk air mata (teardrop). Disebabkan corak ini mempunyai bentuk berlingkar, ia membantu wanita yang kurus untuk kelihatan berisi sekiranya dipakai pada keseluruhan pakaian.

6) Corak Damask

Pilihan Corak Untuk Baju Kurung dan Jubah

Damask ialah corak berlingkar yang mengandungi motif bunga, haiwan dan buah-buah. Disebabkan corak ini padat dan penuh, ia lebih sesuai digayakan pada jubah dan pada kawasan tubuh yang kurang penuh seperti hujung baju, hujung kain atau kawasan bahu sahaja.

7) Corak Mendallion

Pilihan Corak Untuk Baju Kurung dan Jubah

Corak medallion mempunyai pelbagai jenis dan gabungan warna. Corak ini sesuai dipakai sebagai pelengkap gaya sama ada pada hujung lengan atau hujung jubah sahaja.

Jadi, mana satukah pilihan cikpuan semua?

Pilihan Corak Untuk Baju Kurung dan Jubah

Terima Kasih kerana sudi membaca😊.