Siapa di antara cikpuan yang memakai cermin mata?

Jenis kaca mata yang bagaimana cikpuan gunakan?

Adakah cermin mata itu sesuai dengan muka cikpuan?

 

Disini ada 4 jenis bentuk muka yang cikpuan boleh pilih cermin mata mengikut kesesuaian dan cara untuk mengelakkan daripada membeli kaca mata yang tidak sesuai. 

 

1) MUKA BUJUR

Bila orang kata muka cikpuan ni bentuk bujur lah , percayalah cikpuan ni sangat bertuah kerana cikpuan sesuai dengan semua jenis bingkai cermin mata tidak kiralah sama ada bingkai cermin mata itu berbentuk empat segi, oval, bulat ataupun bujur, semuanya sesuai!

2) MUKA BULAT

Bagi cikpuan yang muka bulat, cikpuan perlu memilih bingkai yang berbentuk bersegi panjang dengan sudut yang tajam.

Dan, cikpuan harus mengelak daripada memiliki atau membeli cermin mata yang tanpa bingkai (Framless) dan jenis bingkai lebar.

3) MUKA PANJANG

Siapa di antara cikpuan muka berbentuk panjang?  Jika ada, cikpuan kena pilih cermin mata yang berbingkai nipis, bingkai half frame dan potongannya bujur kerana cikpuan yang muka berbentuk panjang tidak sesuai memakai kaca mata berbingkai medium , tebal, bersegi dan bingkai yang jenis besar.

4) MUKA BERSEGI

Muka cikpuan yang berbentuk bersegi pula, cikpuan kenalah pilih jenis bingkai framless atau bingkai nipis kerana cikpuan yang muka berbentuk bersegi tidak sesuai dengan bingkai besar, bingkai tebal dan bingkai penuh.

 

Jadi, mana satukah bentuk muka cikpuan? Adakah berbentuk muka bujur, ,muka bulat, muka panjang ataupun muka bersegi?

Buatlah pilihan dengan betul ya cikpuan, takut nanti muka cikpuan akan jadi pelik sekiranya cikpuan pilih bingkai kaca mata yang tidak sesuai ☺️.

 

Terima kasih kerana membaca! Jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan cikpuan yang lain.