Gaya Dan Fesyen

Prinsip Asas Suai Padan Tudung Dan Baju

Ini adalah prinsip asas suai padan tudung dan baju.

Baju yang polos (plain) dan hanya mengandungi satu warna sahaja, sesuai digayakan dengan tudung yang bercorak ATAU tudung yang polos.

Padanan baju polos dan tudung bercorak menjadikan tumpuan kepada si pemakai berada di kawasan muka.

Maka pakailah juga solekan ringkas. Usah biarkan muka kelihatan pucat dan lesu sedangkan tudung yang dipakai sudah ‘meriah’.

Padanan baju polos dan tudung polos (dengan tona warna yang sama) menjadikan si pemakai kelihatan tinggi secara visual.

Bolehkah pakai baju bercorak dan tudung bercorak juga? Boleh… Tetapi amat tidak digalakkan untuk wanita yang rendah dan berisi. Amat mudah kelihatan sarat dengan padanan begini.

 

 

Selepas memahami prinsip asas suai padan baju dan tudung, soalan kedua yang akan timbul adalah bagaimana pula dengan pemilihan warna tudung sekirannya baju bercorak ?

 

Mari kita ambil baju kurung sebagai contoh. Ada tiga cara memilih warna tudung yang sesuai untuk baju kurung yang bercorak:

1) Pilih warna paling dominan pada corak baju.

Contoh pada gambar kiri sekali. Corak berwarna hijau maka tudung yang dipilih adalah daripada warna yang sama. Kelebihan teknik ini ialah keseluruhan pakaian akan kelihatan harmoni.

2) Pilih warna latar yang berada pada kawasan sekitar bahu dan dada.

Contoh pada gambar di tengah. Warna latar pada bahagian bahu dan dada ialah warna fuschia maka tudung juga daripada tona yang sama.

Adalah digalakkan untuk memilih tona tudung yang lebih lembut. Kelebihan teknik ini ialah si pemakai akan kelihatan lebih tinggi.

3) Pilih warna neutral yang lembut.

Contoh pada gambar kanan sekali. Warna perang pastel dipadankan dengan pakaian bercorak begini masih kelihatan seimbang dan tidak keterlaluan atau sarat.

Semoga panduan ini membantu cikpuan meningkatkan imej diri.
Share

Artikel Terkini

Jenis – Jenis Gelang Tangan Wanita

Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca

4 days lepas

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

1 month lepas

5 Jenis Seluar Yang Sesuai Dengan Wanita Berbadan Ruler

Bagi wanita yang memiliki bentuk badan ruler atau rectangle, ukuran bahu, pinggang dan pinggul kebiasannya… Teruskan Membaca

2 months lepas

6 Jenis Sikat Dan Fungsinya

Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca

2 months lepas