Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Oleh itu, ia perlu dijaga dengan baik.
Bagi wanita yang tidak bertudung, sememangnya perlu menjaga rambut dengan baik dan begitu juga dengan wanita yang bertudung. Walaupun memakai tudung, di rumah anda pasti membukanya.
Oleh itu, penjagaan rambut amat penting untuk memberikan keselesaan kepada anda apabila memakai tudung.
Penjagaan rambut yang betul juga boleh mengurangkan masalah seperti rambut gugur, kelemumur dan lain-lain.
Dalam artikel kali ini, akan memberikan penjelasan tentang cara penjagaan rambut yang boleh dilakukan oleh wanita.
1. Sikat rambut sebelum mandi
– Apabila rambut anda dalam keadaan basah, ia akan mudah rosak dan menyebabkan rambut gugur dengan banyak.
– Oleh itu, menyikat rambut dalam masa 1 minit sebelum mandi boleh membantu menghilangkan kusut pada rambut dan memastikan peredaran darah di kulit kepala berjalan dengan baik.
– Di samping itu, anda akan lebih bersedia dengan rambut yang licin dan terurus selepas selesai mandi dan mencuci rambut.
2. Gunakan perapi rambut
– Perapi biasanya digunakan selepas syampu. Tujuan utamanya ialah untuk melembapkan rambut.
– Jadi, untuk menjadikannya kelihatan sihat dan lembap, anda boleh menggunakan perapi rambut dari bahagian tengah ke hujung rambut.
– Biarkan dahulu selama 2 – 3 minit sebelum dicuci dan dibilas.
– Anda juga perlu mengelakkan penggunaan perapi dengan kuantiti yang banyak kerana rambut akan mudah gugur dan kelihatan melekit.
– Perapi rambut ini juga membantu rambut anda untuk kelihatan licin dan berkilat serta melembapkan rambut.
3. Gunakan hair mask
– Hair mask juga sejenis perapi tapi biasanya ada bahan bersifat merawat kerosakan rambut di dalamnya.
– Hair mask adalah rawatan rambut yang dilakukan secara mingguan untuk rambut anda supaya ia kelihatan licin dan terhidrat.
– Hair mask ini akan membuatkan rambut anda berasa licin dan sihat.
4. Pilih bahan yang menguatkan rambut
– Tidak dinafikan bahawa banyak produk penjagaan rambut yang berada di pasaran sehingga keliru hendak memilih produk mana yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh rambut.
– Jadi, produk yang manakah sesuai untuk kulit kepala dan rambut anda?
– Anda perlu mencari dan memilih bahan yang membantu menguatkan akar rambut untuk mengurangkan masalah rambut gugur, rambut kering serta masalah kelemumur.
– Antara bahan yang bagus dalam produk penjagaan rambut adalah minyak argan, minyak kelapa, aloe vera dan lain-lain.
5. Jaga pemakanan
– Pemakanan juga boleh membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat.
– Pentingnya diet yang seimbang bagi memastikan rambut dilindungi dan bebas daripada kerosakan.
– Makan makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, telur, kacang, kekacang dan daging bersama-sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
– Melalui cara ini, ia akan memberikan rambut anda rangsangan kolagen untuk menghasilkan helaian rambut yang lebih kuat dan pertumbuhan yang lebih cepat.
6. Kurangkan stress (tekanan)
– Tekanan boleh menjadi salah satu punca rambut anda gugur.
– Tekanan yang berlaku menyebabkan ia boleh dilihat secara luaran terutamanya pada kulit dan rambut anda.
– Anda boleh lakukan cara pernafasan dengan betul untuk meredakan tekanan yang dihadapi.
– Selain itu, pastikan juga anda mendapatkan rehat yang mencukupi supaya rambut anda kekal kuat dan sihat.
7. Gunakan topi atau tudung untuk melindungi rambut
– Untuk wanita yang tidak bertudung, rambut akan terdedah kepada kerosakan di bawah cahaya matahari sekiranya tidak dilindungi dengan baik.
– Sinar ultra ungu boleh menyebabkan rambut menjadi kering, gugur dan mengubah tekstur rambut.
– Oleh itu, untuk wanita yang tidak bertudung, anda boleh melindungi rambut dengan menggunakan topi atau penyembur rambut yang mampu melindungi rambut daripada sinar ultra ungu yang boleh merosakkan rambut.
– Bagi wanita yang bertudung pula, sememangnya pemakaian tudung itu sendiri bertujuan untuk melindungi rambut daripada kerosakan matahari.
8. Potong rambut anda sekiranya perlu
– Walaupun anda mengikut semua rutin penjagaan rambut dengan betul, anda mesti memotong hujung rambut yang sudah rosak atau bercabang.
– Sekiranya dibiarkan tanpa memotongnya, rambut anda akan mudah rosak. Anda boleh memotong rambut dalam tempoh 2 – 3 bulan sekali kira-kira setengah atau 1 inci.
– Jagalah rambut anda dengan baik supaya masalah rambut rosak dan sebagainya dapat dikurangkan.
9. Gunakan sarung bantal jenis silk
– Memilih sarung bantal jenis satin lebih baik daripada jenis kapas. Sarung bantal jenis kapas cenderung untuk menarik kelembapan daripada rambut dan boleh menyebabkan rambut menjadi semakin kering.
– Tidur di atas sarung bantal jenis sutera (silk) akan membuatkan rambut anda sihat serta boleh digayakan dengan pelbagai cara.
Jadi, penting untuk seorang wanita itu menjaga rambut dengan betul tanpa mengira seseorang itu memakai tudung ataupun tidak.
Anda boleh mencuba pelbagai cara dan idea untuk memastikan rambut lembut, panjang dan cantik tetapi anda tidak akan mencapai harga tersebut dengan lakukan perkara seperti di atas dengan konsisten.
Jadi, apakah cara atau tip lain yang ingin anda tambahkan ke dalam senarai di atas? Boleh kongsikannya pada ruangan komen di bawah.
Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca
Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca
Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca
Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca
Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca