Adakah rutin penjagaan kulit wajah ketika menunaikan haji atau umrah sama seperti hari-hari biasa ketika di Malaysia?

Soalan seperti ini sering kali ditanya terutamanya apabila tiba musim haji atau umrah.

Disebabkan oleh cuaca dan suhunya yang agak berbeza seperti di negara kita, penting untuk anda menjaga kulit dengan baik.

Hal ini kerana iklim di Arab Saudi boleh menjadi panas dan kering berbanding di negara kita. Anda juga mungkin terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang agak lama.

Berikut adalah tip penjagaan kulit wajah yang boleh anda amalkan sepanjang menunaikan ibadah haji atau umrah.

  1. Pencuci muka
  • Pencuci muka yang lembut boleh membantu menghilangkan kotoran dan peluh daripada kulit tanpa menghilangkan minyak semula jadi.
  • Anda perlu pilih dan gunakan pencuci muka yang mempunyai nilai pH seimbang, lembut pada kulit dan bebas pewangi.
  • Pastikan pencuci muka yang dipilih sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.

Sumber gambar: freepik.com

  1. Toner
  • Penggunaan toner boleh memberi manfaat kepada kulit seperti membantu mengimbangi nilai pH, membuang kekotoran yang tertinggal selepas wajah dibersihkan.
  • Anda perlu memilih toner yang bersifat bebas alkohol, mengandungi bahan yang melembapkan dan menenangkan, ringan serta menyegarkan kulit wajah.

Sumber gambar: freepik.com

  1. Pelembap
  • Pelembap yang baik boleh membantu mengekalkan penghidratan pada kulit terutamanya ketika cuaca kering dan panas di Arab Saudi.
  • Anda perlulah memakai pelembap yang ringan dan bebas minyak supaya tidak menyumbat liang pori-pori.

Sumber gambar: freepik.com

  1. Pelindung suria (sunscreen)
  • Pilih sunscreen dengan label SPF 50 dan label PA+++ ke atas yang boleh melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB.
  • Cari formula sunscreen yang ringan dan tidak berminyak, supaya tidak terasa berat pada kulit anda.

Sumber gambar: freepik.com

  1. Face mist
  • Face mist boleh membantu menyejukkan dan menyegarkan kulit anda terutamanya semasa haji apabila cuaca boleh menjadi panas dan kering.
  • Cari face mist yang mengandungi bahan penghidratan seperti Aloe Vera atau Hyaluronic Acid.

Sumber gambar: freepik.com

Walau bagaimanapun, produk penjagaan kulit wajah tersebut mestilah dipilih berdasarkan jenis dan keadaan kulit anda.

Kadang kala perubahan cuaca dan iklim juga mempengaruhi keadaan kulit anda. Pilihlah produk yang sesuai dengan kulit anda.

Selain tip penjagaan kulit wajah di atas, anda juga boleh amalkan beberapa tip berikut sepanjang menunaikan ibadah haji atau umrah.

  1. Kekalkan penghidratan
  • Pastikan anda minum air yanjg mencukupi untuk mengekalkan penghidratan dan untuk mengelakkan dehidrasi.
  1. Memakai pakaian yang longgar
  • Pakai pakaian ringan dan longgar yang diperbuat daripada fabrik seperti kapas untuk membantu mengekalkan kulit anda sejuk dan mengelakkan pengumpulan peluh.
  1. Dapatkan rehat yang mencukupi
  • Berehat daripada berada di kawasan yang terdedah kepada sinaran matahari yang banyak.
  • Pastikan juga anda dapatkan tempat teduh atau berada di tempat yang mempunyai pendingin hawa.

Sebagai kesimpulan, tip di atas adalah tip penjagaan kulit wajah yang asas untuk anda lakukan ketika di sana.

Sekiranya anda ingin tambah produk lain seperti esen, serum dan sebagainya di dalam rutin penjagaan kulit wajah, ia tidak menjadi masalah. Tetapi perlulah pilih produk yang bersesuaian dengan jenis dan keadaan kulit.

Anda juga perlu jaga kesihatan diri ketika menunaikan ibadah haji atau umrah supaya dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan sempurna.