Pemakaian contact lens atau kanta lekap ini semakin terkenal dalam kalangan wanita. Ada wanita yang memakai contact lens untuk tujuan kecantikan dan ada juga yang memakainya untuk menggantikan cermin mata kerana power terlalu tinggi.

Mungkin ramai yang pilih contact lens disebabkan oleh minat dan warna kesukaan, tetapi sebenarnya ada beberapa tip yang anda boleh lakukan untuk pilihnya dengan cara yang betul.

Jika anda baru pertama kali ingin membeli dan guna contact lens, tip ini sesuai untuk anda.

Panduan ini juga khusus untuk orang Asia yang majoritinya mempunyai mata berwarna perang atau coklat.

Apabila terdapat banyak pilihan warna kanta lekap di pasaran, pengguna perlu meneliti kembali efek yang mahu dicapai apabila mengenakan kanta lekap tersebut. Kali ini, saya kongsikan panduannya.

Terdapat 3 jenis efek untuk memilih kanta lekap yang berwarna iaitu natural tajam dan dramatik.

Natural

  • Bagi efek jenis natural ini, anda boleh pilih warna perang atau kelabu.
  • Kelebihan warna natural ini adalah kanta lekap tersebut tidak menampakkan lingkaran mata yang ketara.
  • Selain itu, tidak memberikan efek mata yang besar dan sesuai untuk golongan profesional.
  • Saiz kanta lekap juga perlu pilih saiz yang sesuai dan tidak digalakkan pilih saiz yang lebih besar.

Contoh efek natural

Tajam

  • Efek seterusnya adalah tajam.
  • Bagi anda yang inginkan kesan ini, anda perlu pilih rona warna yang lebih terang atau gelap sedikit.
  • Contohnya adalah seperti warna hazel, biru tua atau ungu gelap.
  • Warna ini tanpa efek membesarkan mata.
  • Di samping itu, warna ini juga sesuai untuk situasi yang kasual atau santai.

Contoh efek tajam

Dramatik

  • Efek ini sesuai untuk anda yang berani dan mahukan kelainan.
  • Anda boleh pilih warna yang tidak biasa digunakan oleh orang Asia.
  • Warna yang dipilih boleh memberi efek mata besar.
  • Jika ingin pakai warna seperti di bawah ini, anda perlu padankan dengan mekap tertentu.

Contoh efek dramatik

Bagaimana pula dengan efek mata besar?

Efek mata besar ini tidak sesuai digunakan oleh semua orang. Contact lens yang bersaiz besar disarankan untuk mereka yang mempunyai bukaan mata yang besar.

Anda juga elakkan memilih kanta mata yang menutup terlalu banyak bahagian skelera iaitu bahagian mata yang berwarna putih.

Contoh efek mata besar

Terdapat pelbagai warna, corak dan saiz kanta lekap yang anda boleh pilih untuk dipakai secara harian ataupun acara tertentu.

Perkara yang paling penting sebelum pembelian kanta lekap adalah anda perlu mendapat nasihat optometris yang bertauliah.

Tidak disarankan untuk membelinya sendiri tanpa nasihat dari yang pakar.

Apabila sudah membeli kanta lekap tersebut, amat penting untuk anda menjaga kebersihan semasa memakai dan menanggalkan kanta lekap.