Anda ada banyak pakaian bercorak tetapi masih tidak ada idea untuk padankan warna yang sesuai dengan corak tersebut?
Pastikan anda ikuti artikel kali ini untuk dapatkan tip padankan warna tudung dengan pakaian bercorak. Dengan tip ini, penampilan anda akan lebih cantik, kemas dan rapi.
- Padankan dengan warna yang plain (kosong)
- Ini adalah tip paling asas untuk anda lakukan sekiranya ingin pakai pakaian yang bercorak.
- Sebagai contoh, baju anda mempunyai corak bunga berwarna merah jambu dan ada daun berwarna hijau muda. Anda boleh padankan tudung dengan salah satu warna yang ada pada corak baju tersebut.
- Walau bagaimanapun, warna yang polos itu mestilah dipilih bersesuaian dengan tona warna kulit dan selesa dipakai.
- Pilih warna paling dominan pada corak baju
- Jika pakaian atau baju anda mempunyai corak dengan warna yang pelbagai, maka anda boleh pilih warna yang paling dominan pada corak baju tersebut.
- Sebagai contoh, ada ingin memakai baju kurung yang ada corak berwarna hijau dengan warna latar berwarna merah jambu maka tudung yang dipilih adalah daripada warna corak tersebut iaitu hijau.
- Kelebihan teknik ini ialah keseluruhan pakaian yang dipakai akan kelihatan harmoni.
- Pilih warna latar yang berada pada kawasan sekitar bahu dan dada
- Tip lain untuk pilih warna tudung dengan baju yang bercorak adalah dengan melihat warna baju pada kawasan sekitar bahu dan dada tersebut.
- Sebagai contoh warna latar pada bahagian bahu dan dada ialah warna fuschia maka tudung juga daripada tona yang sama.
- Anda juga digalakkan untuk memilih tona tudung yang lebih lembut daripada warna tersebut
- Kelebihan teknik ini ialah si pemakai akan kelihatan lebih tinggi.
- Contoh lain pula adalah seperti berikut:
- Padankan dengan warna neutral
- Anda boleh pilih warna neutral yang lembut untuk dipadankan dengan pakaian yang bercorak sama ada ia blaus atau baju kurung.
- Hal ini kerana warna neutral adalah warna yang mudah untuk disuai padankan dengan banyak warna.
- Contohnya, warna perang pastel dipadankan dengan pakaian bercorak akan kelihatan seimbang dan tidak keterlaluan atau sarat.
Sebagai kesimpulan, tidak menjadi kesalahan sekiranya anda ingin memakai baju bercorak dengan tudung bercorak, tetapi kesannya ialah mudah nampak sarat dalam penampilan anda.
Namun adalah lebih baik jika anda elakkan memakai pakaian dengan tudung yang bercorak dalam satu-satu penampilan supaya tidak kelihatan penuh dan sarat.
Leave a comment