Walaupun anda seorang wanita yang sedang mengandung, tidak bermakna anda perlu mengabaikan pakaian dan fesyen semasa dalam tempoh tersebut.

Pakaian adalah antara aspek yang perlu diambil perhatian. Pakaian untuk wanita mengandung mestilah selesa dan sesuai digunakan secara harian.

Keselesaan wanita mengandung mestilah berada pada tahap paling tinggi supaya kandungan berasa selesa, tidak terjejas dan berada dalam keadaan selamat serta sihat.

Memilih pakaian yang betul semasa mengandung bukanlah menunjukkan kemewahan, tetapi ia adalah satu keperluan.

Apabila kandungan seamakin membesar, pakaian yang dipakai juga mestilah bersesuaian supaya kekal selesa untuk melakukan sebarang pergerakan dan aktiviti harian.

Bagi anda yang ingin tahu pakaian apa yang sesuai untuk ibu mengandung, pastikan anda membaca artikel kali ini sampai habis.

Tip pemakaian untuk ibu mengandung

  1. Guna fabrik pakaian yang selesa
  • Pakai fabrik yang lebih ringan jika anda cepat berpeluh semasa mengandung.
  • Kain cotton antara contoh kain yang sesuai dipakai oleh ibu atau wanita mengandung. Hal ini kerana, kain tersebut membantu untuk menyerap peluh dan sejuk apabila dipakai.
  • Kain cotton ini juga mudah untuk didapati, senang dibasuh dan boleh dipakai berulang kali.

  1. Pilih baju yang selesa
  • Bagi ibu mengandung, anda mestilah memilih baju yang selesa untuk digunakan sepanjang hari.
  • Tidak digalakkan untuk guna baju yang terlalu ketat sehingga menyebabkan badan dan perut berasa tidak selesa.
  • Sebagai contoh, boleh gunakan baju seperti maternity dress, maternity blouse dan lain-lain baju yang selesa dan bersesuaian.
  • Berikut adalah contoh maternity dress dan blaus yang boleh digunakan:

  1. Pilih seluar mengandung yang selesa
  • Jika anda ingin gunakan seluar yang selesa untuk menutupi baby bumps, boleh gunakan seluar mengandung atau dipanggil seluar maternity.
  • Seluar ini direka khas untuk ibu mengandung supaya mudah untuk melakukan pergerakan dan dapat tutup baby bumps dengan sempurna.
  • Seluar seperti ini sudah banyak berada di pasaran dan mudah untuk didapati.
  • Pastikan anda selesa dan tidak memilih saiz seluar yang terlalu ketat supaya tidak menyukarkan pergerakan dan langkah anda.
  • Di samping itu, terdapat juga pelbagai jenis seluar maternity untuk bersukan, aktiviti harian dan lain-lain.

  1. Memakai seluar atau skirt yang bertali
  • Wanita mengandung juga sesuai memakai seluar atau skirt yang bertali dan boleh diikat berbanding menggunakan tali pinggang.
  • Seluar atau skirt yang bertali ini sesuai digunakan kerana mudah dilaras dan diikat mengikut keselesaan serta kelebaran pinggang.

Sebagai kesimpulan, pilihlah pakaian yang selesa untuk digunakan semasa mengandung.

Anda tidak disarankan memilih baju atau seluar yang terlalu ketat kerana ia akan membuatkan anda berasa tidak selesa.

Sebaiknya, pilih pakaian yang memberi ruang pengudaraan yang baik dan tidak menyekat aktiviti harian yang ingin dilakukan.

Pakaian untuk ibu mengandung juga mestilah sentiasa kemas dan bersih supaya kekal selesa dan wangi.

Bagi wanita yang bekerja pula, anda digalakkan untuk memakai pakaian seperti blaus ataupun dress yang selesa supaya tidak menyukarkan pergerakan.

Terdapat pelbagai pilihan pakaian dan fesyen yang boleh dipakai oleh wanita mengandung dan tidak terhad kepada satu jenis pakaian sahaja.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau cadangan, boleh kemukakan pada ruangan komen di bawah.