Penampilan

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru warna manakah yang sesuai dipakai.

Jika hendak beli warna tudung mengikut warna baju, ia kelihatan agak keterlaluan dan menyebabkan pembaziran pula.

Pastinya anda sedang atau pernah alami masalah yang sama bukan?

Hal berkaitan warna tudung ini tidak akan pernah habis.

Jadi saya mahu kongsikan kepada anda 5 warna tudung yang mudah untuk digayakan dengan hampir semua warna baju.

Setiap warna tudung ini mempunyai sifat keserasian yang tinggi untuk warna baju yang cerah, gelap, terang atau lembut.

Anda ada satu atau dua daripada warna ini pun sudah memadai untuk dipadankan dengan semua warna baju.

Blush Pink

Sand Yellow

Amethyst Purple

Heart Red

Sweetheart Pink

Selain 5 warna ini, tudung berwarna hitam, putih, coklat, biru navy dan kelabu juga sesuai dengan semua warna baju.

Anda hanya perlu pilih warna pakaian dan corak yang bersesuaian untuk dipadankan dengan warna tersebut.

Di sini juga saya ingin kongsikan kepada anda tentang cara memilih warna tudung yang ingin dipakai.

Cara Pilih Warna Tudung

Antara cara yang boleh dilakukan dalam pemilihan warna tudung ialah:

  • Pertama, berdasarkaan personaliti si pemakai.
  • Kedua, berdasarkan mesej yang mahu diketengahkan si pemakai.
  • Ketiga, berdasarkan tona kulit si pemakai (tona kulit merujuk kepada cerah dan gelap).
  • Keempat, berdasarkan suhu warna kulit (dan perlu melalui sesi analisis suhu warna kulit sama ada cool atau warm).

Untuk pengguna di luar sana, saya berpendirian bahawa untuk memilih warna yang sesuai digayakan, utamakan dahulu pemilihan berdasarkan karakter atau personaliti diri.

Jika individu itu seseorang yang bertutur dengan lembut, intonasi semula jadi perlahan, langkah pergerakan penuh santun, maka warna-warna pastel sesuai untuknya.

Sebaliknya, jika orangnya bertutur dengan tegas, intonasi semula jadi kuat, langkah pergerakan kemas dan tertib, maka warna-wana pekat sesuai untuknya.

Sifat automatik manusia ialah mengaitkan mesej warna dengan mesej perilaku dan bahasa tubuh seseorang yang memakai warna itu.

Sekiranya sudah pernah ke kelas imej dan sudah diberitahu warna cool atau warm yang sesuai untuk kulit, ketahuilah tetap tiada halangan dan tidak salah untuk memakai warna cool (sekiranya telah dikenal pasti sebagai warm).

Anda masih boleh memakai warna yang bukan daripada kategori anda tetapi sebaiknya elakkan pakai warna tersebut hampir dengan kawasan wajah.

Digalakkan pakai warna tersebut pada baju, seluar atau aksesori yang lain.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau perkongsian tentang warna tudung ini, boleh kongsikan pada ruangan komen di bawah.

————————————

Sekiranya anda masih pening dan tidak tahu nak padankan warna yang sesuai dengan pakaian, boleh dapatkan e-book #GayaDanWarna ini di sini: bit.ly/gayawarna2023

Ada beratus padanan warna saya berikan di dalam e-book ini. Boleh dapatkannya sekarang!

Artikel Terkini

Kenapa Self-Care Penting Untuk Mencapai Hidup Yang Seimbang?

Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

1 month lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

2 months lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

2 months lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas