Apabila menjelang musim perayaan, pastinya pemilihan warna tema untuk pakaian raya menjadi perkara yang sangat penting. Saya kongsikan antara kombonasi warna yang pasti cantik apabila dipadankan bersama.
1.Ungu
Ungu kali ini adalah ungu yang bernama Royal Purple. Ianya ungu yang pekat dan mempunyai sedikit elemen terang.
2.Turquoise
Raya tahun ini bertemakan warna turquoise? Ini empat warna yang serasi apabila dipadankan dengan warna turquoise.
Turquoise boleh wujud dalam pelbagai tona. Ada yang sedikit gelap dan ada yang terang juga. Turquoise ini versi pure turquoise – tidak gelap dan tidak juga terang.
3.Dusty Pink
Pink belacan atau nama asalnya dusty pink masih mendapat tempat sebagai warna baju raya tahun ini. Saya lihat banyak koleksi baju raya yang dijual mempunyai warna ini.
Jika ini warna baju raya tuan cikpuan, saya kongsikan 4 warna yang cantik dipadakan dengan pink belacan ini.
Semoga cadangan kombinasi warna ini akan membantu untuk memadankan warna dan tampil lebih yakin di hari lebaran.