Setiap tahun akan ada warna yang dijangka trending sama ada di dalam bidang fesyen, reka bentuk dalaman rumah dan seumpamanya.

Warna sememangnya mempengaruhi kehidupan manusia serta memberikan mesej tertentu dengan warna yang dipakai.

Antara warna yang dijangka trending tahun ini adalah seperti berikut:

  1. Rooibos Tea
  • Warna utama Rooibos Tea adalah warna dari keluarga warna coklat. Warna ini juga termasuk di dalam kategori warna warm.
  • Bagi anda yang mempunyai tona dasar warna kulit yang cool tetapi ingin pakai warna ini, boleh pakai pada baju dan elakkan memakai dekat dengan kawasan wajah.
  • Antara warna yang sesuai dipadankan bersama warna ini ialah Cyan Cornflower Blue, Metallic Sunburst serta Crayola.

  1. Orangeade
  • Warna ini berasal dari keluarga warna merah. Ia adalah campuran warna merah dan jingga.
  • Orangeade juga adalah warna dalam kategori warna warm.
  • Jika anda tidak yakin untuk memakai warna ini dalam seluruh penampilan, boleh pilih aksesori atau corak pada baju dengan warna ini.

  1. Watercress
  • Watercress adalah warna yang menyegarkan.
  • Warna utama Watercress ini berasal dari keluarga warna hijau dan ia di bawah kategori warna yang cool.
  • Sesuai dipadankan dengan warna yang lembut atau sedikit gelap untuk serlahkan lagi penampilan anda.

  1. Desert Flower
  • Ini adalah warna yang berada di dalam kategori warna warm juga dan berasal dari keluarga warna merah.
  • Warna Desert Flower ini tidak terlalu terang dan tidak juga terlalu kusam. Sesuai bagi anda yang berkulit warm tetapi mahukan warna yang lembut untuk dipakai.
  • Antara cadangan warna yang sesuai digandingkan bersama dengan warna ini ialah Honey Bird, Carolina Blue atau Cochonnet.

  1. Chambray Blue
  • Warna lain yang akan popular tahun ini ialah Chambray Blue. Ia adalah warna yang berasal dari keluarga warna biru dan ada sedikit campuran warna Cyan.
  • Chambray Blue adalah warna di dalam kategori warna cool.
  • Sesuai dipadankan dengan warna yang lembut seperti Nude, Beige, Soft Pink. Selain itu, boleh dipadankan juga dengan warna yang gelap seperi Hitam, Biru Gelap dan lain-lain.

  1. Pastel Lilac
  • Pastel Lilac berasal dari keluarga warna Violet dan campuran warna biru magenta.
  • Sekiranya anda ingin tampil anggun dan sopan, boleh gayakan warna yang lembut seperti Pastel Lilac ini.
  • Untuk mencipta rupa yang kelihatan muda, warna ini juga sesuai digayakan dalam penampilan anda.

  1. Marlin
  • Ini juga warna yang dijangkakan trending pada tahun 2024 ini. Warna utama Marlin ini berasal dari warna Biru dan ia warna biru yang cool.
  • Bagi anda yang mempunyai gaya dan personaliti natural, sudah pasti menggemari warna ini. Warnanya tidak terlalu cerah dan tidak juga gelap.
  • Lebih manis dan cantik jika dipadankan dengan warna yang lembut atau pastel.

  1. Lemon Drop
  • Anda nak pakai warna kuning tapi risau warna kuning tersebut terlalu terang atau menarik perhatian?
  • Jangan bimbang kerana warna Lemon Drop ini antara warna yang boleh dipakai kerana ia tidak terlalu terang dan cerah.
  • Warna ini terhasil dari gabungan warna jingga dan kuning serta ia berada di dalam kategori warna warm.

  1. Mint
  • Peminat warna hijau pastinya suka dengan warna ini. Mint adalah warna hijau yang cool.
  • Untuk mencipta penampilan yang segar, warna Mint ini amat sesuai untuk digayakan.

  1. Capri
  • Ini juga adalah warna di dalam kategori warna biru tetapi ia adalah biru yang lebih terang berbanding Chambray Blue.
  • Walaupun begitu, ia masih berada di dalam kategori warna cool. Sekiranya anda ingin mempelbagaikan penampilan, boleh gunakan warna ini.

 

  1. Brilliant White
  • Peminat warna putih pastinya suka warna ini. Ia adalah warna dalam kategori warna putih yang cool kerana ia ke arah warna kebiru-biruan.
  • Warna ini sesuai dipadankan dengan pelbagai warna untuk mencipta rupa dan gaya yang pelbagai.

  1. Mushroom
  • Ini adalah warna yang berada di bawah keluarga warna perang (coklat). Warnanya yang lembut membuatkan ia sesuai dipadankan dengan warna yang pelbagai.
  • Pastinya warna ini akan menjadi kegemaran para wanita khususnya yang suka akan warna coklat lembut seperti ini.

  1. Northern Droplet
  • Northen Droplet ini adalah warna kelabu yang lembut. Bagi anda yang minat warna kelabu, pastinya warna ini sudah masuk di dalam senarai warna kegemaran anda.
  • Boleh gabungkan warna ini dengan warna gelap dan gunakan teknik kombinasi warna yang pelbagai.

  1. Quiet Shade
  • Quiet Shade adalah warna kelabu yang lebih gelap berbanding warna Northen Droplet. Warna ini juga sesuai dipakai dalam acara yang formal.
  • Contoh gaya yang anda boleh gayakan dengan warna ini adalah seperti berikut:

  1. Brush
  • Antara warna yang dijangka akan popular tahun ini juga adalah warna brush. Brush ini adalah warna coklat yang lembut.
  • Peminat warna coklat atau warna earth tone pastinya menyukai warna ini kerana mudah untuk digayakan dengan pelbagai acara yang bersesuaian.

Antara 15 warna yang dijangka trending tahun ini, warna yang manakah yang anda suka dfan menjadi kegemaran? Boleh kongsikan jawapan anda pada ruangan di bawah ya.