Sama ada anda seorang wanita yang berkerjaya ataupun suri rumah, sudah pasti anda inginkan penampilan yang kemas, bersih dan cantik.

Sifat elegan juga pastinya tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Setiap wanita mempunyai kecenderungan untuk tampil elegan, kemas dan menawan.

Namun, adakah anda tahu bahawa warna yang dipakai juga mempengaruhi anda untuk kelihatan elegan?

Ikuti artikel kali ini untuk ketahui warna yang membantu anda kelihatan elegan dan eksklusif.

Apa yang dimaksudkan dengan elegan?

Elegan adalah sifat seorang wanita yang anggun, menarik dalam penampilan bahkan juga tingkah laku.

Selain itu, elegan juga merujuk kepada kualiti yang menjadikan seorang wanita itu lebih menonjol daripada orang ramai. Ia tidak semestinya menjadi cantik dari segi fizikal semata-mata.

Terdapat banyak faktor yang  membolehkan anda menjadi seorang yang elegan. Antaranya ialah gaya, personaliti, kepintaran dan seumpamanya.

Seorang wanita yang elegan tahu cara yang betul untuk membawa dirinya dengan yakin dan menjaga maruah tidak kira dalam apa jua situasi.

Di samping itu, warna yang dipakai juga boleh membuatkan anda kelihatan elegan dalam penampilan anda.

Apabila anda menghadiri sebarang majlis yang penting dan sebagainya untuk tampil elegan, maka warna-warna berikut boleh dipertimbangkan

Hitam

  • Warna hitam bukan sahaja warna yang dilihat memberikan mesej seperti berkuasa dan tegas, tetapi warna ini juga boleh membuatkan anda kelihatan elegan.
  • Rekaan pakaian yang ringkas dan minimalis membuatkan anda kelihatan lebih elegan tanpa perlu memakai aksesori yang berlebihan.
  • Hitam juga boleh dipakai dalam pelbagai acara dan situasi sama ada rasmi atau kasual.

Sumber: freepik.com

Putih

  • Putih adalah warna yang sering dikaitkan dengan kesucian dan bersih. Walau bagaimanapun, putih juga boleh membawa mesej seperti elegan.
  • Bagi anda yang memakai pakaian berwarna putih, ia akan menyerlahkan lagi keanggunan dan kewanitaan anda.

Silver

  • Antara warna lain yang kelihatan mewah adalah warna silver. Silver adalah warna yang membantu anda kelihatan elegan mengikut acara dan situasi yang anda hadiri.
  • Tidak ramai wanita yang pandai menggayakan pakaian dengan warna ini untuk kelihatan elegan. Tetapi dengan corak dan rekaan yang sesuai akan membuatkan anda tampil lebih kemas dan cantik.

sumber: freepik.com

Burgundy

  • Ini adalah warna di dalam kategori warna merah yang gelap tetapi masih mengekalkan ciri-ciri elegan.
  • Warna ini juga kelihatan mewah, cantik dan bergaya buat sesiapa sahaja yang memakainya.
  • Mesej yang ingin disampaikan juga adalah jelas tanpa perlu diberitahu lagi.
  • Selain warna maroon, burgundy juga adalah antara warna yang memberikan aura yang kuat kepada si pemakainya.

Sumber: freepik.com

Champagne

  • Walaupun warna ini adalah dalam kategori warna pastel dan lembut, ia boleh juga membawa mesej elegan.
  • Wanita yang suka memakai warna seperti ini bukan sahaja seorang yang mudah bergaul mesra, tetapi juga boleh tampil elegan.
  • Warna champagne ini sesuai digunakan pada fabrik tertentu seperti sutera, satin dan lain-lain. Warna ini juga mudah untuk dipadankan dengan warna fesyen yang pelbagai.

Sumber: freepik.com

Sebagai kesimpulan, untuk menjadi elegan bukan sahaja berdasarkan warna tetapi sikap dan tingkah laku seseorag itu juga memainkan peranan.

Sekiranya pakaian yang dipakai sahaja yang dijaga tetapi pertuturan dan sikap tidak dijaga dengan baik, maka ia akan menjadi sia-sia.

Wanita yang elegan adalah wanita yang mempunyai ciri-ciri dan keterampilan yang baik dan menjadi contoh tauladan kepada wanita lain.