Tahukah anda bahawa manusia mempunyai tindak balas terhadap rangsangan warna?

Ia adalah perkara pertama yang diperhatikan oleh otak anda apabila melihat sesuatu.

Hubungan yang sempurna antara penglihatan dan otak ini boleh memberi kesan kepada mood dan emosi yang berbeza-beza.

Begitulah peranan warna dalam kehidupan seharian. Apa sahaja yang dilakukan pastinya dipengaruhi oleh warna. Ini termasuklah pemilihan baju, tudung, makanan, aksesori dan seumpamanya.

Penulisan kali ini akan menerangkan tentang warna-warna yang bertenaga dan cara warna itu memberikan semangat dalam kehidupan seharian anda.

Warna yang bertenaga

  1. Bright blue
  • Biru terang ialah warna yang memberikan tindak balas psikologi dan emosi tertentu.
  • Di dalam psikologi warna, biru terang adalah warna yang memberi ketenangan, kepercayaan serta bertenaga.
  • Warna biru terang ini boleh merangsang minda dan fikiran untuk tingkatkan tahap tenaga.

  1. Tangerine
  • Tangerine ialah warna yang bertenaga dan menyegarkan.
  • Ia boleh meningkatkan tahap tenaga dan membangkitkan semangat.
  • Apabila anda melihat warna ini, ia boleh menimbulkan perasaan gembira dan teruja.

  1. Fuchsia
  • Apabila bercakap mengenai warna fuchsia ia membawa maksud keyakinan, ketegasan dan kematangan.
  • Dengan warnanya yang cerah, fuchsia membuatkan anda berasa muda, ceria, bertenaga dan bersemangat.

  1. Bright green
  • Warna hijau sering dikaitkan dengan ketenangan, kesegaran serta tenaga.
  • Ia boleh memberi inspirasi kepada perasaan seperti cita-cita, motivasi, dan momentum untuk terus ke hadapan.

  1. Merah
  • Walaupun warna merah ini sering dikaitkan dengan keberanian, kuasa serta unsur romantik, ia juga adalah warna yang bertenaga.
  • Apabila anda memakai warna merah, ia mewujudkan keinginan untuk melakukan perkara yang menggembirakan hati anda.

Walaupun warna adalah elemen penting dalam kehidupan, tetapi pemilihan warna berdasarkan mesej tertentu yang ingin disampaikan adalah atas pilihan sendiri.

Setiap warna yang anda pilih mempunyai psikologi, mesej dan maksud yang ingin disampaikan kepada orang lain.

Sekiranya anda ingin menyampaikan mesej seperti bertenaga, anda boleh pakai warna yang sudah dinyatakan di atas.