Fesyen bukan sekadar pakaian, tetapi ia adalah satu bentuk ekspresi diri yang kuat.

Ia membolehkan anda menyampaikan personaliti, nilai dan perasaan tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun.

Cara berpakaian bukan sahaja mempengaruhi cara orang lain melihat anda tetapi juga cara anda melihat diri sendiri.

Dalam penulisan kali ini, akan dikongsikan kepada anda tentang kaitan antara fesyen, gaya dan personaliti.

Memahami Perbezaan Gaya & Fesyen

Sebelum membincangkan secara lebih lagi, mari lihat terlebih dahulu perbezaan antara gaya dan fesyen.

Gaya

  • Gaya adalah pilihan yang sangat peribadi dan sukar untuk berubah terutamanya cara anda berpakaian.
  • Ia adalah tafsiran anda tentang fesyen, mencerminkan personaliti serta gaya hidup.
  • Gaya anda kekal konsisten dari semasa ke semasa, walaupun trend fesyen datang dan pergi.

Fesyen

  • Ia merujuk kepada trend, gaya dan reka bentuk popular dalam satu tempoh masa tertentu.
  • Fesyen bersifat dinamik, sentiasa berubah serta dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti budaya, teknologi dan sosial.

Sumber: freepik

Sekarang beralih pula kepada gaya yang mempunyai kaitan dengan personaliti anda.

Almari Pakaian Sebagai Cerminan Personaliti

  1. Warna dan emosi
  • Warna yang anda pilih untuk pakai boleh mendedahkan banyak perkara tentang emosi dan personaliti anda.
  • Sebagai contoh, seseorang yang kerap memakai warna terang dan cerah dianggap sebagai orang yang yakin, ceria dan berani.
  • Manakala, seseorang yang suka warna neutral atau kusam (muted) dilihat sebagai seorang yang tenang dan selesa dengan dirinya sendiri.
  1. Konsisten vs kepelbagaian
  • Gaya yang anda tampilkan boleh menunjukkan sama ada anda seseorang yang konsisten atau boleh mengenakan apa sahaja pakaian.
  • Individu yang bersifat natural mempunyai gaya yang konsisten dan sukar untuk mereka ubah penampilannya. Hal ini kerana mereka sudah berasa selesa dan terbiasa.
  • Sebalikya individu yang mempunyai almari pakaian yang pelbagai warna rekaan dan sebagainya cenderung untuk bertukar-tukar fesyen. Individu yang mempunyai personaliti romantik atau dramatik cenderung untuk bertukar gaya dan fesyen.
  1. Berpakaian untuk keselesaan atau kreativiti
  • Pemilihan pakaian boleh menentukan zon selesa dan kreativiti anda.
  • Bagi anda yang mempunyai personaliti tertentu seperti natural atau klasik, sudah pasti anda akan memilih pakaian yang selesai dipakai.
  • Sebaliknya, bagi individu yang mempunyai personaliti romantik atau dramatik, mereka lebih gemarkan fesyen yang pelbagai dan boleh menarik perhatian orang ramai.

Sumber: freepik

Menggunakan fesyen untuk meningkatkan keyakinan diri

Memahami hubungan antara fesyen, gaya dan personaliti boleh memperkasakan anda untuk menggunakan pakaian sebagai alat untuk meningkatkan keyakinan diri:

  1. Tingkatkan keyakinan
  • Memakai pakaian yang sesuai dengan gaya dan personaliti anda boleh meningkatkan keyakinan diri.
  • Apabila anda berasa selesa dengan pemilihan pakaian, ia membuatkan anda lebih yakin dan memberikan kesan positif kepada penampilan anda.
  1. Menjadi lebih kreatif
  • Apabila anda mengikuti perkembangan fesyen, ia membolehkan anda menjadi lebih kreatif untuk ekspresi diri.
  • Anda boleh mengenakan gaya dan fesyen yang pelbagai serta bersesuaian dengan personaliti anda sama ada natural, klasik, romantik atau dramatik.

Sumber: freepik

Jelaslah bahawa fesyen, gaya dan personaliti mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Pemilihan sesuatu warna, corak, fesyen dan gaya juga mencerminkan personaliti anda sama ada bersifat natural, klasik, romantik atau dramatik.

Setiap individu sememangnya mempunyai personaliti dan pilihan yang berbeza-beza. Disebabkan itulah, pemilihan pakaian tertentu boleh membantu meningkatkan keyakinan seseorang.