Sudah pasti setiap hari anda akan memikirkan warna pakaian yang ingin dipakai sama ada ingin pergi ke tempat kerja ataupun melakukan aktiviti lain.
Namun, dalam situasi atau acara tertentu, pastinya anda mahu tampil lebih eksklusif dan mahal.
Jadi, apakah warna yang boleh dipilih sekiranya anda adalah seorang yang mempunyai warna baju tertentu sahaja seperti hitam ataupun putih?
Mungkin ada yang akan berfikir bahawa warna tersebut terhad dan sukar untuk digayakan.
Tetapi di bawah ini akan dijelaskan kepada anda tentang warna yang boleh membuatkan anda tampil lebih bergaya, eksklusif, mahal dan elegan.
1. Hitam
Warna hitam sememangnya sudah tidak asing lagi dalam dunia warna. Warna ini adalah salah satu warna neutral.
Di samping itu, warna hitam juga mudah untuk didapati dan boleh dikategorikan sebagai warna yang evergreen. Walaupun fesyen berubah-ubah, tetapi warna hitam masih menjadi pilihan ramai.
Warna hitam juga sesuai untuk apa-apa sahaja majlis seperti majlis formal, tidak formal, majlis makan malam, hi-tea dan sebagainya.
Warna hitam ini sememangnya warna yang nampak eksklusif, cantik dan bertambah keserian jika dipadankan dengan aksesori tertentu seperti cicncin, gelang tangan dan lain-lain perhiasan.
Untuk anda yang mempunyai banyak baju berwarna hitam, anda boleh pakai dan padankan ia mengikut acara atau situasi yang sesuai.
2. Putih
Warna putih adalah warna yang tidak asing lagi terutamanya untuk anda yang selalu ke pejabat kerana warna ini lebih bersifat formal.
Tetapi, tidak dinafikan bahawa warna putih adalah warna yang mudah untuk dilihat jika terdapat kesan kekotoran pada baju.
Mungkin juga ada di kalangan anda yang tidak suka memakai warna putih.
Walaupun begitu, warna putih ini mudah untuk dipadankan dengan warna fesyen yang anda minati seperti warna pastel dan lain-lain.
Warna putih kelihatan lebih eksklusif dan mahal apabila dipakai dengan gabungan warna yang bersesuaian.
Elemen eksklusif pada warna putih ini menjadi lebih menyerlah apabila dipadankan dengan beg, kasut dan aksesori lain supaya nampak lebih bergaya dan elegan.
3. Biru Navy
Selain daripada warna hitam dan putih, warna biru navy ini juga salah satu warna yang eksklusif dan mahal.
Walaupun warna ini tidak menjadi pilihan ramai, tetapi ia mampu membuatkan anda kelihatan lebih elegan dengan warna biru yang dipakai.
Sebagai contoh, untuk tampil lebih elegan, gaun berwarna biru navy sangat cantik dan kelihatan eksklusif apabila dipakai terutamanya untuk majlis makan malam atau malam anugerah tertentu.
Warna biru navy juga boleh dipadankan dengan tudung serta perhiasan untuk menambahkan lagi elemen eksklusif apabila dipakai.
4. Kelabu
Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu warna kelabu ini juga warna yang boleh membuatkan anda kelihatan eksklusif. Sifat warna kelabu ini adalah sesuai dipadankan dengan semua jenis warna.
Anda perlu mengelakkan memakai terlalu banyak warna kelabu dari bahagian atas hingga ke bawah kerana ia boleh beri kesan moody pada penampilan anda.
Untuk menambahkan keserian warna kelabu yang dipakai, anda boleh mengenakan gincu berwarna merah dan menambah warna lain dalam penampilan seperti warna merah jambu dan lain-lain.
Sebagai kesimpulan, kesemua warna yang dinyatakan di atas adalah warna neutral dan sesuai untuk dipadankn dengan warna fesyen yang lain.
Tetapi, untuk anda yang tidak suka menggunakan warna yang banyak dalam satu-satu penampilan, anda boleh memakai warna di atas supaya kelihatan lebih eksklusif dan mahal.