4 Jenis Ilusi Untuk Kelihatan Kurus
Tip kali ini ditujukan khas buat wanita yang mahu kelihatan lebih kecil dan kemas. Boleh saya tahu, cikpuan suka pakai cutting baju yang bagaimana yang membuatkan cikpuan tampak kurus?
Corak baju seperti apa yang menampakan tubuh lebih kurus?
Adakah corak atau ilusi yang cikpuan gemar akan membuatkan cikpuan kelihatan kurus atau sebaliknya?
Pemilihan pakaian dengan ciri-ciri tertentu sebenarnya amat membantu memberikan ilusi badan lebih ramping.
Saya kongsikan 4 jenis ilusi dan tip yang mampu memberi ilusi kurus untuk cikpuan semua.
1) Corak Menegak
Pertama, Corak Menegak. Garis lurus menegak adalah antara corak yang paling popular dalam industri fesyen. Seperti corak lain, garis lurus menampilkan si pemakai kelihatan lebih panjang dan tinggi.
Ilusi mata akan melihat bahawa badan terbahagi kepada dua bahagian dan jika lebih banyak dan rapat garis lurus tersebut, maka kesan untuk kelihatan kurus lebih tinggi.
2) Corak Menyenget
Kedua, Corak Menyenget (Diagonal) dan Geometri. Corak garis lurus menyenget (diagonal lines) dan geometri mempunyai keunikan tersendiri kerana kedua-duanya mampu mencipta ilusi kurus atau membentuk potongan badan yang memberi keseimbangan pada badan cikpuan.
3) Warna Gelap
Ketiga, Warna Gelap adalah wajib yang perlu ada oleh setiap wanita kerana ia adalah cara terpantas untuk kelihatan kurus. Mahu sorok kawasan yang tidak ingin ditonjulkan seperti perut dan pinggul cikpuan? Jawapannya, warna gelap adalah pilihan yang tepat!
4) Monochromatic
Keempat, Monochromatic. Sekiranya cikpuan memakai warna yang sama, ia memberi ilusi memanjang dan kurus. Mata individu yang melihat juga hanya akan tertumpu pada bahagian wajah berbancing kawasan yang ingin disorok.
NOTA: Semoga bermanfaat buat semua. Terima kasih kerana membacanya!