Tidak dinafikan bahawa wanita yang berisi dan mempunyai bentuk badan pear atau apple tentunya berasa sukar untuk mencari blazer yang sesuai dan terletak elok pada tubuh badan.

Kali ini, akan dikongsikan kepada wanita khususnya untuk memilih blazer yang sesuai dengan bentuk badan anda.

Ciri-ciri tubuh badan berbentuk pear atau apple ini adalah seperti berikut:

  • Mempunyai kawasan dada yang lebar
  • Kawasan pinggang tidak begitu ramping
  • Bahagian pinggul lebar dan berisi
  • Lebar di kawasan tengah badan iaitu perut

Berdasarkan ciri-ciri tubuh badan di atas, terdapat 4 jenis rekaan blazer yang sesuai digunakan. Antaranya ialah empire blazer, longline blazer, lapelles blazer dan waterfall blazer.

Berikut adalah huraian bagi setiap jenis blazer:

  1. Empire Blazer
    • Rekaan blazer ini adalah rekaan blazer yang sering dilihat pada hari ini.
    • Ia mempunyai satu butang yang terletak di bawah kawasan dada.
    • Bagi wanita yang berbadan pear atau apple, anda digalakkan untuk pilih warna yang gelap seperti navy blue.
    • Anda juga disarankan untuk memilih potongan di hujung blazer yang berbentuk tirus dan bukannya melengkung.
    • Di samping itu, mestilah memilih potongan blazer yang kemas dan lurus supaya selesa apabila dipakai.

      Contoh empire blazer (sumber gambar: Jessica London)

  2. Longline Blazer
    • Blazer ini mempunyai kelainan dari segi reka bentuknya.
    • Ia mempunyai lapel yang panjang dan boleh memberi efek badan yang lebih tinggi.
    • Di samping itu, blazer ini juga boleh selindung bahagian tubuh yang berlekuk.
    • Bagi menampakkan lagi kesan ilusi tinggi itu, anda boleh padankan blazer yang dipakai dengan seluar yang sama warna.
    • Sebagai contoh, anda pilih untuk pakai blazer berwarna hitam. Anda boleh padankan blazer tersebut dengan seluar berwarna hitam juga bagi menampakkan ilusi ketinggian.

      Contoh longline blazer (sumber gambar: Long Tally Sally)

  3. Lapelles Blazer
    • Blazer jenis ini pula tidak mempunyai kolar di bahagian atas dan tidak mempunyai lapel.
    • Selain itu, blazer ini juga mempunyai butang yang tegak dan tersusun untuk memberikan kesan ilusi tinggi dan kurus.
    • Blazer ini boleh dipakai sekiranya anda tidak minat untuk memakai blazer yang mempunyai kolar.
    • Tetapi, untuk tujuan formal, anda disarankan untuk memilih warna neutral seperti hitam, kelabu atau perang.

      Contoh lapelles blazer (sumber gambar: garmentory)

  4. Waterfall Blazer
    • Blazer ini mempunyai rekaan yang berbeza dengan yang lain.
    • Ia dikategorikan sebagai blazer yang separa formal dan boleh juga dipakai untuk situasi kasual atau santai.
    • Blazer ini mempunyai bahagian yang beralun di hadapannya untuk menutupi kawasan atau bahagian badan anda yang berisi.
    • Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan memilih rekaan yang beralun dan keterlaluan.

      Contoh waterfall blazer (sumber gambar: yoursclothing)

Sebagai tip tambahan, blazer will-fitted yang anda gunakan amat mempengaruhi kekemasan apabila blazer itu dipakai pada tubuh badan.

Anda juga perlu elakkan memilih material blazer yang tebal atau terlalu ringan. Hal ini kerana, material yang tebal akan menjadikan tubuh kelihatan lebih berisi.

Manakala, material yang nipis atau ringan pula akan mudah melekat pada tubuh apabila dipakai.

Bagi wanita muslimah pula, jika anda ingin memakai blazer, anda boleh pilih potongan blazer yang labuh dan menutupi bahagian pinggul.

Anda boleh memakai blazer bukan sahaja untuk situasi atau acara tertentu yang formal, tetapi boleh juga dipakai ke tempat kerja dengan gaya yang sesuai supaya kelihatan lebih profesional.