Untuk anda yang ingin menjadi high value women, berikut adalah langkah yang boleh anda ikuti.

1. Kenal pasti sebab ingin menjadi high value women

  • Untuk menjadi seorang high value women, semuanya bermula daripada diri anda sendiri.
  • Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenal pasti apakah sebab anda ingin menjadi high value women dan apakah yang hendak dicapai?
  • Contohnya, anda ingin menjadi seorang high value women kerana anda ingin dihormati, berkeyakinan tinggi, berdisiplin dan boleh bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai impian anda.
  • Apabila anda sudah mengetahui sebab utama dan target barulah anda boleh teruskan ke langkah yang berikutnya.

2. Mempunyai perancangan yang jelas

  • Anda juga mestilah mempunyai perancangan yang jelas tentang apa yang hendak dicapai.
  • Perancangan yang boleh dipertimbangkan adalah dari segi penampilan diri, kewangan, kerjaya atau perniagaan, kesihatan, keadaan peribadi seperti lokasi tempat tinggal, hubungan peribadi dengan keluarga, pasangan, kawan dan hobi anda.
  • Sebagai contoh, anda mempunyai perancangan untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, disegani dan dihormati ramai. Oleh itu, untuk mencapainya anda perlu meneliti setiap aspek dari segi penampilan, kewangan, keadaan peribadi dan sebagainya serta menetapkan misi dan visi untuk mencapai perancangan tersebut.
  • Apabila anda sudah mempunyai perancangan yang jelas dan target yang hendak dicapai, anda akan lebih bersemangat untuk merealisasikannya.

Mempunyai perancangan yang jelas

3. Ubah Gaya Pemikiran

  • Kebanyakan wanita yang ingin memulakan perjalanan untuk menjadi high value women, classy, elegan dan feminin mempercayai bahawa mereka hanya perlu mengubah penampilan diri sahaja tanpa memikirkan aspek yang lain. Ini adalah cara yang tidak betul.
  • Sebenarnya, bukan sahaja penampilan diri yang perlu diubah tetapi pemikiran juga perlu diubah.
  • Tiada siapa yang boleh mengubah gaya pemikiran anda melainkan diri anda sendiri.
  • Gaya pemikiran anda perlulah diubah ke arah yang lebih positif, rasional dan matang.
  • Cara anda berfikir juga boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat.
  • Sebagai contoh, jika sebelum ini anda berfikir yang perkara itu susah dan mustahil untuk dilakukan, anda perlu mengubahnya kepada cara pemikiran yang lebih positif dan mencari jalan penyelesaian.

4. Tambahkan Pengetahuan

  • Pengetahuan juga adalah perkara penting yang perlu diambil kira.
  • Tanpa ilmu dan pengetahuan, orang lain akan mudah memandang rendah terhadap kebolehan dan keupayaan diri anda.
  • Oleh itu, anda perlu menambahkan pengetahuan yang sedia ada dengan mengetahui isu serta perkembangan semasa yang berlaku sama ada di dalam ataupun di luar negara.
  • Contohnya, jika anda ingin bergaul dengan individu yang mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi daripada anda, anda perlu bijak untuk berbual dengan mereka. Anda boleh berikan pendapat yang bernas berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.
  • Perbualan yang dilakukan itu tidak semestinya merangkumi isu berkaitan politik, perniagaan ataupun hal yang melibatkan pekerjaan. Tetapi, anda boleh juga berbual mengenai hal lain seperti sukan, fesyen dan sebagainya.

Tambahkan pengetahuan tentang perkara yang anda tidak tahu

5. Memperbaiki Etika Dan Adab

  • Walaupun anda sudah berjaya mencapai tahap untuk menjadi high value women, etika dan adab juga perlu untuk diberi perhatian.
  • Anda perlu tahu cara untuk mengawal kelakuan ketika bertemu dengan orang ramai untuk setiap acara yang anda hadiri.
  • Etika dan adab ini termasuklah cara menggunakan peralatan di atas meja makan dengan betul, postur tubuh badan, cara bercakap dan lain-lain. Semua perkara ini tidak boleh dibuat-buat.
  • Anda boleh berpakaian seperti high value women yang lain tetapi etika dan adab sememangnya tidak boleh dibuat-buat.
  • Sebagai contoh, jika anda tidak tahu etika di meja makan yang betul anda perlu perbaiki dan mempelajarinya supaya orang yang berada di sekeliling berasa selesa dengan anda.

Untuk menjadi high value women tidaklah sukar dan tidak juga mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah konsisten dan percaya pada hasil akhir yang anda akan perolehi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan boleh tuliskannya pada ruangan komen di bawah.