Adakah kasut yang anda pakai sering mengeluarkan bau yang tidak enak?

Dari manakah datangnya bau tersebut? Apakah punca kasut anda berbau?

Sebelum bercerita dengan lebih lagi tentang cara untuk menghilangkan kasut berbau, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah puncanya.

Kasut yang berbau adalah disebabkan oleh peluh yang tertinggal di dalam kasut dan kesannya meninggalkan bau yang tidak menyenangkan.

Kaki boleh berbau disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Staphylococcus epidermis yang memecahkan asid amino dalam peluh yang dipanggil leucine kemudian menghasilkan bau yang tidak enak.

Bau itu kemudiannya meresap ke dalam kasut dan agak susah untuk dihilangkan.

Oleh itu, bagaimana cara untuk menghalang kasut daripada berbau? Berikut adalah cara yang boleh anda lakukan.

1. Basuh Kasut Dan Bahagian Insoles Kasut
– Bahagian insoles kasut perlu dikeluarkan daripada kasut supaya ia dapat dibasuh dengan bersih dan sempurna serta dapat menghilangkan bau yang melekat pada insoles tersebut.
– Selepas dibasuh, keringkan kasut dan insoles untuk mengekalkan bau yang segar apabila dipakai.
– Basuh kasut dan insoles dengan menggunakan tangan dan air supaya kedua-duanya dapat dibersihkan dengan sempurna dan bau dapat dihilangkan.
– Boleh juga tambah sabun atau cecair yang sesuai ketika membasuh kasut dan insoles tersebut.

2. Tukar Insoles Kasut
– Jika anda sudah menggunakan insoles itu dalam jangka masa yang lama, anda perlu menukar dan menggantikannya dengan yang baru.
– Bau yang terperangkap pada insoles akan mengeluarkan bau yang tidak enak dan busuk.
– Kebiasaannya, bahagian insoles ini adalah punca terjadinya bau yang busuk pada kasut. Jadi, tukarlah bahagian insoles itu mengikut keperluan.

Insoles perlu ditukar mengikut keperluan

3. Memakai Stoking Yang Menyerap Peluh
– Penggunaan stoking sememangnya membantu untuk menyerap peluh dan mengurangkan masalah bau pada kaki dan kasut.
– Apabila anda tidak menggunakan stoking dan kaki mudah berpeluh, maka peluh akan terkumpul pada insoles di dalam kasut anda.
– Anda perlu menukar stoking dan kasut terutamanya selepas bersenam untuk mengelakkan sebarang bau yang tidak enak terperangkap di dalam kasut.
– Sebelum memakai stoking anda perlu bersihkan dan keringkan dahulu kaki supaya stoking yang dipakai itu tidak berada dalam keadaan yang lembap dan basah.

4. Menggunakan Penyembur Kasut
– Jika anda seorang yang tidak suka memakai stoking, anda boleh menggunakan penyembur kasut untuk menghilangkan bau yang tidak enak.
– Terdapat 2 jenis penyembur kasut yang berada di pasaran. Antaranya ialah penyembur yang menghilangkan bau dan mempunyai antiperspirant yang boleh menghilangkan lembapan. Penggunaan penyembur ini adalah dengan menyemburkannya secara terus pada kaki sebelum memakai kasut.
– Jenis penyembur kasut yang kedua pula ialah penyembur kasut yang berfungsi untuk menghilangkan bau sahaja.
– Bagi memastikan kasut anda tidak meninggalkan bau yang busuk, selepas anda sembur, kering dan jemurkan ia di ruangan yang terbuka supaya lembapan pada kasut itu hilang.

Menggunakan penyembur kasut untuk elakkan daripada berbau

5. Simpan Kasut Di Tempat Yang Bersesuaian
– Kasut yang disimpan di tempat bersesuaian dan mempunyai aliran udara yang baik akan membantu mengelakkan pertumbuhan kulat dan bakteria.
– Kasut boleh disimpan di rak kasut atau di dalam almari yang tertutup supaya kasut dapat tahan lebih lama.
– Elakkan menyimpan kasut yang basah secara terus di dalam almari kerana kelembapan pada kasut itu akan menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria sekaligus akan menimbulkan bau yang busuk pada kasut.
– Sebaiknya keringkan dahulu kasut di kawasan lapang dan terbuka sebelum disimpan ke dalam rak kasut dan bau yang busuk daripada kasut itu juga dapat dihilangkan.

Semoga tip yang diberikan ini dapat membantu untuk anda mengatasi masalah kasut daripada berbau.