Sebagai seorang wanita, pastinya banyak perkara yang perlu dilakukan dan ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

Disebabkan itu anda mempunyai kekangan untuk bergaya.

Di dalam artikel ini, ia akan membantu anda untuk bergaya dengan lebih mudah. Antaranya ialah:

  1. Kenal bentuk badan
  • Tip mudah dan asas untuk bergaya adalah dengan mengetahui jenis dan bentuk badan anda.
  • Terdapat gaya serta potongan pakaian yang pelbagai di pasaran. Namun, tidak semua pakaian dengan potongan tertentu sesuai digunakan untuk semua bentuk badan.
  • Di Malaysia, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan jenis pear. Bentuk badan ini mempunyai ukuran pinggul yang lebih lebar daripada ukuran lebar bahu dan dada.
  • Oleh itu, anda boleh bergaya dengan memberikan perhatian pada bahagian atas badan seperti warna tudung dan baju.
  • Elakkan juga sebarang perincian pada bahagian pinggang dan ke bawah kerana ia akan menampakkan anda kelihatan lebih lebar.
  • Bergaya dengan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan akan membuatkan anda tampil dengan lebih yakin.

Perkara asas untuk wanita bergaya adalah kenal bentuk badan terlebih dahulu

  1. Bergaya mengikut keselesaan
  • Perkara lain yang anda perlu ambil perhatian apabila bergaya adalah dengan memastikan pakaian itu selesa untuk dipakai.
  • Anda lebih kenal diri sendiri. Jadi pakaian yang dipakai mestilah selesa dan tidak memakainya disebabkan oleh paksaan dari mana-mana pihak.
  • Apabila anda berasa selesa dengan pakaian tersebut, ia juga akan mempengaruhi emosi dan memberikan kesan positif.
  • Sekiranya anda seorang yang mengikuti trend dan fesyen terkini, anda juga perlulah memastikan bahawa ia sesuai dengan penampilan dan personaliti anda.

Apabila anda selesa dengan pakaian yang dipakai, ia akan membuatkan anda berasa lebih yakin. (Sumber gambar: freepik.com)

  1. Padankan dengan aksesori
  • Bergaya bukan terletak pada pakaian semata-mata. Tetapi ia juga dipengaruhi oleh aksesori yang dipakai.
  • Aksesori ini termasuklah beg tangan, perhiasan wanita seperti cincin, jam, gelang tangan dan lain-lain.
  • Penampilan anda tidak akan lengkap sekiranya tidak dihiasi dengan aksesori.
  • Pemilihan aksesori juga bergantung pada watak dan personaliti seseorang.
  • Bilangan minimum aksesori yang perlu dipakai oleh wanita adalah 3 dan maksimum adalah 5.
  • Aksesori yang selalu dipakai oleh wanita adalah cincin, gelang tangan dan juga jam tangan.
  • Pakaian dengan aksesori yang bersesuaian akan membuatkan anda kelihatan lebih bergaya, kemas dan cantik.

Aksesori atau barang kemas yang dipakai membuatkan penampilan anda tidak kelihatan begitu polos. (Sumber gambar: freepik.com)

  1. Solekan wajah yang ringkas
  • Tip bergaya yang seterusnya adalah mengenakan solekan wajah yang ringkas.
  • Penampilan anda akan kelihatan lebih berseri dan cantik dengan solekan pada wajah.
  • Solekan tidak perlu terlalu tebal sehingga boleh mengganggu pandangan orang lain.
  • Anda boleh memakai solekan yang ringkas seperti bedak muka, eyeliner dan juga lipstik.
  • Tujuan solekan ini adalah untuk mengelakkan wajah kelihatan pucat dan tidak bermaya.
  • Solekan ringkas juga akan membuatkan anda kelihatan lebih rapi dan cantik.

Solekan yang minimal mampu menaikkan lagi seri wajah anda. (Sumber gambar: freepik.com)

  1. Mix and match
  • Setiap wanita mempunyai cara yang berbeza untuk bergaya. Ada yang suka mengikuti fesyen dan trend terkini. Ada juga selesa dengan gaya yang sedia ada.
  • Tip mudah untuk anda ikuti dalam berfesyen ini adalah dengan menggunakan teknik mix and match.
  • Anda boleh gayakan pakaian yang bercorak dengan tudung polos atau sebaliknya.
  • Pemilihan warna dalam suai padankan warna pakaian dan tudung juga adalah penting supaya penampilan anda tidak kelihatan sarat.
  • Contohnya, gayakan pakaian berwarna Nude yang polos dengan tudung berwarna putih atau bercorak seperti floral, geometri dan lain-lain.

Mix and match pakaian adalah cara yang anda boleh lakukan dalam berfesyen (Sumber gambar: freepik.com)

Kesimpulannya, anda tidak perlu berlebihan dalam bergaya sehingga perlu mengeluarkan modal yang banyak.

Sebagai permulaan, anda boleh mula dengan pakaian yang sudah sedia ada di dalam almari dan suai padankan sahaja dengan warna dan corak yang sesuai.

Sekiranya anda tidak mempunyai idea untuk menggayakan pakaian, anda boleh dapatkan inspirasi seperti di pinterest dan sebagainya.

Apa yang paling penting dalam bergaya adalah pakaian yang dipakai itu selesa, longgar serta sesuai dengan gaya dan personaliti anda.